Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerana Cinta, Curi Gelang Emas Untuk Langsaikan Hutang Kereta Kekasih

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Gambar hiasan


Kerana cinta, sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah mencuri untuk langsaikan hutang kekasih? 


Baru-baru ini, Harian Metro melaporkan, seorang wanita ditahan selepas disyaki mencuri seutas gelang tangan emas. Tujuannya? Untuk membantu teman lelakinya menyelesaikan hutang kereta.


Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, wanita muda berusia 22 tahun itu membuat pengakuan telah mencuri gelang tersebut dari sebuah kedai emas yang terletak di Port Dickson pada 7 Disember lalu. 




"Polis menerima laporan daripada wanita berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai emas itu mendakwa pada hari sama jam 11.38 pagi, dia didatangi pasangan yang ingin membeli barang kemas.


"Suspek melarikan gelang tangan emas dianggarkan menilai lebih kurang RM15,000 dengan menaiki kenderaan Perodua Alza, bagaimanapun bertindak atas siasatan, polis berjaya menahan wanita terbabit di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor pada 16 Disember (Jumaat lalu)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Pihak polis juga berjaya merampas semula gelang emas tersebut yang telah dipajakkan di kedai di Seremban. 


Teman lelaki suspek,  Muhammad Haikal Izhar, 20, kini sedang dikesan kerana dikatakan turut terlibat sama dalam kes kecurian tersebut. 


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek kedua kes kecurian, Muhammad Haikal Izhar, 20, diharap dapat menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Hazizi Abas di talian 019-3471916 / 06-6472344 (Foto: PDRM)


Kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan sudah pun dihukum penjara sehari dan didenda RM7,000.


Sumber: Harian Metro


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Ini Betul-Betul Perompak Pro, Ambil Masa 3 Minit Larikan Trak Pikap Gergasi

Baca: Hati-Hati! Penipuan Jualan Kereta Makin Menjadi-Jadi! Kes Terbaharu, RM205K Lesap!

Baca: ‘Sahabat’ Penjara Jadi Geng Samun Kereta, Tumpas!


Tag:

jenayah
PDRM MALAYSIA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-11-2024
Berita Auto

07-04-2023
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

01-12-2022
Berita Auto

31-10-2022
Berita Auto

03-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026