- Berita
- EV
- Pasaran EV Semakin Popular, BYD Labur Dalam Industri EV Di Malaysia

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan syarikat kereta mula melancarkan kenderaan elektrik ke pasaran Malaysia.
Ini kerana penggunaan EV menunjukkan trend menaik ketika ini terutama untuk kegunaan persendirian dan dijangka akan terus popular pada masa akan datang.
Melihat kepada perkembangan positif itu, syarikat dari China, BYD sanggup melabur RM500 juta untuk pembangunan rangkaian pusat pameran dan insfrastruktur mengecas di seluruh Malaysia dalam masa dua tahun akan datang.
Pengurus kanan bahagian jualan kenderaan Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang berkata, pihaknya teruja melihat kemampuan Sime Darby Motors sebagai pemain serantau dalam industri automotif terutamanya rangkaian pengedar yang meluas di Malaysia.

Xueliang (kiri) pada majlis menandatangani perjanjian pengedaran kenderaan BYD di pasaran tempatan pada September lalu. - Foto Kosmo.
“Menerusi kerjasama BYD dan Sime Darby Motors, kami akan berusaha untuk memberi kenderaan inovatif kami kepada pelanggan Malaysia dan menyokong hasrat pengurangan karbon negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk info, pusat pameran BYD yang pertama akan dibuka di TREC, Kuala Lumpur pada bulan ini.
Selain itu, tiga lpusat pameran BYD akan dibuka di Ara Damansara, Pulau Pinang dan Johor pada separuh pertama tahun 2023, dimana rata-ratanya adalah pusat 3S.
Menjelang akhir akhir tahun 2023, BYD dan Sime Darby Motors berhasrat untuk membuka sekurang-kurangnya 20 pengedar di seluruh Malaysia.
Lebih menarik, jumlah tersebut akan digandakan pada tahun 2024.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/