- Berita
- Kereta Baru
- Seal, Dolphin Akan Tembusi Pasaran Malaysia?

Sempena pelancaran BYD Atto 3 semalam, pihak media dikejutkan dengan kemunculan dua lagi model, Seal dan Dolphin yang dikatakan akan menembusi pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Buat masa ini, tarikh pelancaran kedua-dua model ini masih belum diketahui.
Mungkin anda tertarik dengan nama model ini gara-gara menggunakan nama haiwan. Menyentuh mengenai Seal terlebih dahulu, saloon empat pintu ini memiliki siluet yang tajam sekali gus menyerlahkan sebagai sebuah coupe yang penuh berkuasa.
Penampilan agresifnya impresi kestabilan dan pemanduan yang terkawal.
Seal juga dilihat memiliki rekaan yang sama dengan sepupunya, Atto 3 terutama dari segi rim dan lampu depan.
Walaupun ia dikenali sebagai Seal untuk pasaran China namun BYD dikatakan akan mengubah namanya kepada Atto 4 untuk pasaran antarabangsa termasuk Malaysia.

Di pasaran domestik, Seal hadir dalam empat varian iaitu Standard Range, RWD Elite/Premium dimana varian ini dimana ia mampu menghamburkan kuasa 201 hp dikuasakan dengan pek bateri 61.4-kWj.
Dengana adanya pek bateri sebesar itu, varian Elite/Premium mampu melakukan perjalanan sejauh 550 kilometer (km). Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.5 saat.
Bagi varian pertengahan iaitu Longe Range RWD, ia dipadankan dengan pek bateri 82.5 kWj sekali gus membuatkannya boleh membuat perjalanan sejauh 700 km manakala motor elektrik mampu menghamburkan kuasa setakat 308hp.



Trenkuasa yang agak padu itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j hanya dalam 5.9 saat.
Akhir sekali ialah varian Longe Range AWD Performance dimana terdapat dua motor berkembar membuatkan ia mampu menghasilkan kuasa 523hp.

Apa yang mengejutkan varian ini mampu memecut macam pelesit kerana kadar pecutan dari 0-100 km/j hanya dalam 3.9 saat.
Varian ini yang dipadankan dengan pek bateri serupa dengan RWD membuatkannya ia mampu melakukan perjalanan sejauh 650 km.
Bagi penulis, tidak sia-sia bagi yang membeli varian yang agak padu ini. Di pasaran domestik China, harga BYD Seal bermula pada sekitar 222,274 yuan (RM140,483), manakala Long Range AWD pula 286,800 yuan (RM181,265).

Beralih kepada Dolphin pula, ia menghasilkan kuasa setakat 94hp dan tork 180Nm serta disumbatkan dengan pek bateri berkapasit 44.9kWj.
Menyentuh mengenai pengecasannnya, jika menggunakan pengecas AC 7 kW , anda perlu menunggu 6 jam 25 minit untuk memenuhkan bateri tersebut, manakala dengan pengecas pantas DC 60 kW baterinya boleh penuh dari 30-80% dalam masa hanya 30 minit.
Jadi jika ia dicas penuh, ia boleh melakukan perjalanan sejauh 405km.
Difahamkan varian tertinggi Dolphin didatangkan dengan rangkaian kuasa yang agak padu kerana ia dikatakan boleh menghamburkan kuasa sehingga 174hp dan tork 290Nm.

Bagi model asas Dolphin ia dijual pada harga 94,000 yuan (RM59,410).

Buat masa ini, BYD dan pengedar BYD di Malaysia, Sime Darby Motors masih “menutup mulut” mengenai tarikh sebenar pelancaran kedua-dua model ini di pasaran Malaysia.
Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi mereka dalam tempoh terdekat ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
