- Berita
- Berita Auto
- Seorang Maut, Lori Jatuh Gaung

Anggota bomba sedang menjalankan operasi pemadaman.
Seorang lelaki maut apabila lori muatan diesel yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung menyebabkan ia terbakar. Keadaan yang berlaku dengan begitu pantas menyebabkan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.
Kejadian itu berlaku di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Ipoh pagi tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh 10 kilometer.
Bagaimanapun, polis masih belum memastikan sama ada lelaki itu adalah pemandu atau kelindan lori tersebut.
Buat masa ini, punca kejadian masih belum diketahui.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

