Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Umum 3 Model GR Akan Dilancar Pada Tahun Depan

Suhana Veru

7-12-2022

Kongsi melalui


UMW Toyota Motor mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan tiga model GR yang menggunakan transmisi manual pada tahun hadapan.

Perkara itu disahkan sendiri Presiden UMWT, K. Ravindran dalam satu acara yang diadakan bersama media di ibu negara, kelmarin.

Tiga model yang dimaksudkan itu ialah:

Toyota GR86

Toyota GR Corolla

Toyota GR Supra

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai ketiga-tiga model ini masih didedahkan secara terperinci.

Namun bagi GR Corolla, ia sudah pun selamat mendarat di pasaran Thailand sempena acara Thailand International Motor Expo 2022 yang diadakan pada minggu lalu.


Jentera ini dijual pada harga dijual 3.949 juta baht (RM500,352). Jadi, berdasarkan harga jualan di Thailand, GR Corolla ini mungkin akan dijual lebih RM400,000.

Apapun kita tunggu pengumuman rasmi UMW Toyota Motor nanti!

Mengenai daya prestasinya, GR Corolla dipadankan dengan enjin tiga silinder yang sama seperti GR Yaris iaitu 1.6 liter turbo.

Enjin yang digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan Intelligent Manual (iMT) ini, mampu menjana kuasa 304hp dan tork 370Nm. 

Bagi GR Supra pula, ia merupakan salah satu model dengan kotak gear Intelligent Manual Transmission (i-MT) dan dipadankan dengan enjin 3.0 liter enam silinder turbo sahaja.

Jika anda masih ingat, GR Supra telah dibawa ke pasaran Malaysia pada September 2019. Pada masa itu, hanya satu varian GTS 3.0L dijual iaitu pada harga RM568,000.


Sementara itu, GR86 yang merupakan kembar kepada Subaru BRZ pula dikuasakan oleh enjin 2.4 liter aspirasi biasa 235PS dan tork 250Nm. 

Apapun kita tunggu sahaja pengumuman UMW yang seterusnya berhubung harga dan spesifikasi ketiga-tiga model ini nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan tiga model ini, teruskan bersama Caricarz!


Gallery

Tag:

UMWT
grcorolla
ToyotaGR86
GRSupra
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris

UMWT terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025.

12-04-2025
Berita Auto

Baru Dua Bulan, UMW Toyota Jual Lebih 12,000 Unit Kenderaan!

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan sebanyak 6,632 unit bagi Februari 2025, peningkatan ketara berbanding 5,383 unit yang direkodkan pada Januari.

11-03-2025
Berita Auto

UMW Toyota Buka Tirai 2025 Dengan Jualan 5,383 Unit!

UMW Toyota Motor (UMWT) memulakan tahun 2025 dengan langkah kanan apabila berjaya mencatatkan jualan memberangsangkan mencecah 5,383 unit pada Januari.

07-02-2025
Berita Auto

UMWT Jual Lebih 100K Unit Kenderaan Tiga Tahun Berturut-Turut – Ini Penyumbangnya...

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengukir sejarah baharu pada tahun 2024 setelah berjaya melepasi angka penjualan 100,000 unit kenderaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

08-01-2025
Kereta Baru

Toyota Corolla GR Sport 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM149,800, Guna Sistem Transmisi Lebih Sporty!

UMW Toyota Motor (UMWT) turut melancarkan model sporty yang ketiga, Toyota Corolla GR Sport 2025, semasa acara akhir Toyota Gazoo Racing Malaysia Musim Ke-7 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang awal hari ini.

05-01-2025
Kereta Baru

Toyota Corolla Cross Facelift Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, CKD, Dari RM133,800

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah melancarkan SUV crossover Toyota Corolla Cross versi facelift untuk pasaran tempatan. Model yang diberikan nafas baharu ini ditawarkan di pasaran bermula dari harga RM133,800.

04-12-2024
Berita Auto

UMWT Buka Pusat 3S Toyota Di Autocity Tunjong, Kota Bharu – Lebih Luas, Perkhidmatan Pantas

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi membuka Pusat 3S di Kota Bharu, Kelantan, yang kini beroperasi di lokasi terbaru, di Autocity Tunjong.

25-10-2024
Berita Auto

UMWT Serah 7,700 Unit Kenderaan Pada September 2024, YTD 72,000

Jumlah YTD pada bulan September menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 64,000 unit yang direkodkan bulan sebelum ini.

08-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Dilancar: VW Tiguan Allspace Wolfsburg Edition 2025, Ada 2 Varian

Volkswagen Malaysia turut melancarkan VW Tiguan Allspace Wolfsburg Edition 2025 ke pasaran tempatan.

07-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Golf GTI Black Edition - Harga Bermula Dari RM247, 512

VPCM memperkenalkan Golf GTI Black Edition ke pasaran tempatan.

07-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: VW Arteon Wolfsburg Edition-Harga Bermula RM292,612

VW Arteon Wolfsburg Edition 2025 akan menjadi tumpuan utama di MAS 2025.

07-05-2025
Kereta Baru

SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini

GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di MAS 2025.

02-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota Yaris GR 2025, Transmisi 8AT -RM325,600

UMWT kini menawarkan Toyota Yaris GR 2025 dengan transmisi 8AT.

28-04-2025
Kereta Baru

Jetour X70 Plus Tukar Nama Kepada Jetour VT9, Ini Sebabnya...

Nama rasmi untuk model baharu Jetour yang sebelum ini dikenali sebagai X70 Plus telah pun disahkan, ia kini dikenali sebagai Jetour VT9.

17-04-2025
Kereta Baru

Honda e:N1 Dibuka Untuk Tempahan, Boleh Gerak Sejauh 500KM, Bakal Dilancar Suku Kedua 2025

Crossover serba elektrik ini boleh ditempah melalui laman web tempahan rasmi Honda Malaysia.

15-04-2025