Link Copiedcheck_circle
EV

500 Unit BYD Atto 3 Bakal Mendarat Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Hanya dalam tempoh 10 hari selepas dilancarkan secara rasmi, syarikat pengimport dan pengedar BYD SD Motors Malaysia telah menerima lebih daripada 1,000 tempahan SUV elektrik BYD Atto 3!


Sebagai respon kepada sambutan luar biasa rakyat Malaysia terhadap model ini, jenama kereta daripada negara China ini telah meningkatkan usahanya untuk mempercepatkan lagi proses penghantaran tempahan awal ini kepada pembeli.



Baru-baru ini, pihak BYD telah membuat pengumuman di Facebook BYD Asia Pacific bahawa sejumlah 500 unit Atto 3 kini sudah berada dalam perjalanan menuju ke negara Malaysia.




Pengumuman ini dibuat dalam tempoh sekitar sebulan sahaja selepas pelancaran rasmi jenama BYD dan juga model Atto 3 ini di Malaysia. 


Dalam perkongsian yang sama, pengeluar kereta tersebut turut mengambil peluang untuk mendedahkan kepada umum mengenai kekuatan rantaian bekalan dan juga kapasiti pengeluaran dalaman syarikat.


Model yang buat masa ini diimport sepenuhnya daripada China, BYD Atto 3 ditawarkan dalam dua varian iaitu  Standard Range (SR) pada harga RM149,800 dan Extended Range (ER) pada harga RM167,800. 




Pembelian adalah termasuk tiga waranti berasingan iaitu waranti kilang selama 6 tahun/150,000 km, waranti 8 tahun/160,000 km untuk bateri EV, serta waranti selama 8 tahun/150,000 km yang meliputi motor, pengawal motor, pemasangan DC dan pemasangan kawalan elektrik. 


Ketahui lebih lanjut mengenai BYD Atto 3 dalam artikel yang pernah kami kongsikan sebelum ini: Atto 3, Satu Lagi EV Mampu Milik Dilancar, Harga Dari RM147,800



Tag:

Malaysia
Kereta Elektrik
Kenderaan Elektrik
BYD
BYD ATTO 3
SUV Elektrik
penghantaran ke Malaysia
tempahan awal
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Budi Madani Diesel Jimatkan Perbelanjaan Kerajaan Sebanyak RM5 Bilion – Untuk Rakyat & Pembangunan

Jumlah penjimatan yang berjaya dicapai kerajaan Malaysia mencecah kira-kira RM5 bilion setahun.

24-10-2025
Berita Auto

Tiada Rancangan Penstrukturan Semula Cukai Sektor Automotif Malaysia

Kerajaan tidak merancang untuk melakukan penstrukturan semula cukai sedia ada bagi sektor automotif.

27-02-2023
EV

Sah! Kereta HEV Toyota Kedua Akan Dilancarkan Di Malaysia – UMW Toyota

Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. mengesahkan bahawa syarikat akan memperkenalkan model hibrid (HEV) kedua.

06-01-2023
EV

1000 Unit Teksi EV Bakal Disediakan Untuk Rakyat Malaysia

1000 unit kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai teksi.

30-08-2022
Berita Auto

Sejarah Perodua: Dari Kancil Kepada King Myvi 2022 (Evolusi Perodua Myvi)

Sempena bulan kemerdekaan, kita selusuri sejarah Perodua, model pertama yang dikeluarkan (Kancil) dan juga model terlarisnya, King Myvi.

27-08-2022
Berita Auto

Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022

Sejarah Proton dan evolusi kereta pertama yang dikeluarkan, Proton Saga.

19-08-2022
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450+ 2022 Dilancarkan, Dari RM686K!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-Benz EQS 2022

22-07-2022
EV

Dr Wee: Sektor EV Malaysia Masih Banyak Perlu Dipertingkat, Ini 2 Perkara Perlu Dilakukan...

Kenderaan elektrik (EV) di Malaysia sudah semakin berkembang namun masih banyak aspek yang tidak setanding dengan negara-negara maju lain.

14-06-2022

Berita Terkini

EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026