Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berani Buat Laporan Palsu Demi Insurans, Pemilik Kedai Aksesori Kereta Disiasat

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Semata-mata ingin membuat tuntutan insurans, seorang pemilik kedai aksesori kereta berani membuat laporan palsu kononnya kedai telah dipecah masuk. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan mengenai ‘kejadian’ itu diterima pada jam sekitar 1.09 petang, Jumaat, daripada seorang lelaki berusia 39 tahun.


"Lelaki yang juga pemilik kedai aksesori kereta itu mendakwa berlaku kejadian pecah kedai di Dataran Mentari yang melibatkan kerugian dianggarkan sebanyak RM600,000," katanya.


Gambar hiasan


Sepasukan polis bersama Unit Forensik Polis Diraja Malaysia digegaskan ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.


"Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati tiada kes jenayah berlaku di premis berkenaan.


"Soal siasat terhadap pengadu, dia mengaku tujuan laporan itu dibuat adalah untuk tuntutan insurans," katanya.


Kertas siasatan terhadap pengadu kerana membuat laporan palsu telah dibuka oleh pihak polis.


"Kes disiasat dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut," katanya.


Sumber: Sinar Harian


Baca: Ini 8 Idea Hadiah Terbaik Untuk Pencinta Kereta Sempena Krismas! Dari Serendah RM36+!

Tag:

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
laporan palsu
Aksesori Kereta
Polis Daerah Petaling Jaya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

29-05-2024
Berita Auto

06-02-2024
Berita Auto

01-02-2024
Berita Auto
Berita Auto

30-01-2023
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026
Berita Auto

Tambang RM328 Ke Sarawak, RM398 Ke Sabah Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

AirAsia mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan dengan menawarkan harga tiket pada kadar RM328 bagi penerbangan ke Sarawak dan RM398 bagi laluan Sabah sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri pada tahun ini.

08-01-2026
Berita Auto

Penerbangan MH21 Patah Balik, Ada Sebabnya!

Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 yang beroperasi dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) semalam berpatah balik ke CDG sejurus selepas berlepas.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Setiap Tahun Muncul Isu Tambang Van Sekolah Naik?

Sesi persekolahan tahun 2026 akan bermula dalam beberapa hari lagi, namun golongan ibu bapa sudah mula menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan tambang van sekolah di media sosial.

08-01-2026
Berita Auto

51 Kereta Musnah, Bengkel Kereta Terbakar

Sebanyak 51 buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kenderaan.

07-01-2026
Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

07-01-2026
Berita Auto

Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Seorang lelaki menjadi bahan bualan hangat di media sosial apabila dia menunjukkan surat saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam.

07-01-2026