- Berita
- Berita Auto
- Biarpun Kos Bahan Semakin Mahal Namun Perodua Tetap Tidak Naikkan Harga Kereta
Biarpun Kos Bahan Semakin Mahal Namun Perodua Tetap Tidak Naikkan Harga Kereta

Ada berita baik buat peminat kereta Perodua. Ini kerana Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memberi jaminan bahawa buat masa ini, pihaknya tidak akan menaikkan harga kenderaan sedia ada.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata, pihaknya akan memastikan model sedia ada masih dikekalkan dalam kadar harga yang sama.

Tindakan itu diambil kerana Perodua tidak mahu memberi bebanan kepada pengguna.

Sebaliknya, Perodua menegaskan bahawa model-model baharunya bakal menyaksikan kenaikan harga memandangkan teknologi moden yang digunakan.
"Bagi model sedia ada kami akan kekalkan harga setakat ini. Walaupun berdepan dengan peningkatan kos bahan mentah dan sebagainya, PERODUA masih lagi boleh mengawalnya," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
