Link Copiedcheck_circle
EV

BMW iX XDrive50 Sport 2023, 523hp, 765 Nm, Harga Lebih RM500K

Suhana Veru

Kongsi melalui


BMW iX xDrive50 Sport.

Sebaik melangkah masuk tahun 2023, BMW Malaysia mengumumkan ketibaan BMW iX xDrive50 Sport ke pasaran tempatan baru-baru ini.

Kehadiran jentera baharu ini sekali gus membuktikan komitmen pengeluar kenderaan premium itu berhasrat untuk mencorak alaf Mobiliti Elektrik di negara ini.


Bahagian luaran.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, model baharu itu menonjolkan komitmen pihaknya yang amat menitikberatkan Mobiliti Berelektrik 

“Untuk itu, kami juga menawarkan infrastruktur yang tersedia bagi menampung keperluan ekosistem kenderaan elektrik (EV) yang kian berkembang. 

“Usaha kami untuk mengelektrifikasi landskap automotif Malaysia telah berjalan selari dengan agenda kerajaan ke atas visi elektrifikasi, dan kita bakal saksikan banyak lagi kemajuan dalam aspek ini bersama ramai lagi rakan-rakan industri kami yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sedikit info mengenai BMW iX xDrive50 Sport, ia  didatangkan dengan set roda aerodinamik BMW Individual 1021 multiwarna bersaiz 22 inci dengan gilapan 3D, selain terdapat angkup brek bersaiz 17 inci dalam rona biru. 


Ruang bahagian pemandu.

Selain itu, terdapat pakej cermin sisi yang melengkapi SAV elektrik tulen ini. Malah, bahasa reka bentuk yang mewah dapat dilihat pada ruang kabin BMW iX xDrive50 Sport.

Bercerita mengenai ruang kabinnya, ia dikemaskan dengan ciri BMW Live Cockpit Professional yang menampilkan skrin melengkung 12.3 dan 14.9 inci secara standard.


Ruang kabin lebih selesa.

Bagi menambahkan keselesaan buat pemilik dan penumpangnya, jentera ini juga  hadir dengan kawalan iklim automatik empat zon, pad pengecasan tanpa wayar, sistem audio keliling Harman Kardon termasuk sistem bunyi elektrik BMW Iconic Sounds.

Tahukah anda, BMW iX xDrive50 Sport baharu ini juga menawarkan kepuasan pemanduan elektrik yang sebenar dengan ketangkasan, jarak operasi dan efisien yang luar biasa.


Bahagian belakang.

Menyentuh mengenai keupayaannya, kenderaan ini hadir dengan dua motor elektrik.

Ini bermakna ia mampu menghamburkan kuasa setakat 523 hp dan 765 Nm, di mana daya pecutan dari 0-100 kilometer sejam adalah sekitar 4.6 saat.

Berbekalkan nilai tork Malaysia maksimum, 765 Nm serta kelajuan tertinggi berhad elektronik yang mencecah 200 km/j, SAV ini dikuasakan oleh pek bateri bersaiz besar dengan kapasiti 111.5 kWj yang membekalkan jarak operasi sejauh 630 kilometer (WLTP) setelah ia dicas penuh.

Ia turut dilengkapi dengan Mod Kabel Pengecas Fleksibel 2 serta Mod Kabel Pengecasan Pantas 3,BMW iX xDrive50 Sport baharu dapat dicas dari 0 hingga 80% dalam tempoh 35 minit dengan menggunakan Pengecas Pantas DC, dan 0 hingga 100% dalam tempoh 10 jam 45 minit dengan Pengecas ‘Wallbox’ AC 11 kW. 

Malah, antara kelengkapan lain yang terdapat pada jentera ini ialah:

Panggilan Kecemasan Pintar.

Telekhidmat.

ConnectedDrive Services.

Connected Package Professional.

BMW Natural Interaction dan Perlindungan Aktif melalui BMW Live.

Cockpit Professional yang beresolusi tinggi. 


Dari segi bantuan, BMW iX xDrive50 Sport baharu menampilkan Driving Assistant Professional, Parking Assistant dan ciri kawalan Luncur berserta dengan fungsi pembrekan.

Mengenai pemilihan warna standard bagi BMW iX xDrive50 Sport baharu meliputi Mineral White, Alpine White Metallic, Black Sapphire Metallic, Sophisto Grey Metallic dengan Brilliant Effect, Phytonic Blue Metallic, dan Blue Ridge Mountain Metallic. 


Dua warna baharu juga ditawarkan dengan bayaran tambahan sebanyak RM6,200 iaitu Individual Storm Bay Metallic dan Aventurine Red Metallic. 

Bagi ruang interior, pengguna boleh memilih antara Interior Design Atelier dalam warna Mocha atau Hitam, ataupun Interior Design Suite dalam warna Amido atau Castanea dengan bayaran tambahan sebanyak RM17,300.

Harga jualan BMW iX xDrive50 Sport bermula dari RM546,800.

Untuk keterangan lanjut layari, www.bmwgroup.com.

Gallery

Tag:

BMW Group Malaysia
BMW i
bmwgroup
bmwix
bmwxdrive50Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

02-12-2025

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026