Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW Malaysia Umum Harga Terkini Tahun 2023: EV iX Kini Naik RM24K, M3 Naik RM30K

Sofea Najmi

Kongsi melalui


BMW Malaysia telah mengeluarkan senarai harga rasmi yang terbaharu bagi tahun 2023 dengan kenaikan sehingga RM30,000. Sebelum ini, BMW Group Malaysia pernah mengumumkan jangkaan kenaikan sehingga 6.3% bagi pelbagai model kereta BMW dan MINI




Bermula dengan EV terlaris BMW, iX, harga jualannya meningkat sehingga RM24,000 bagi varian asas xDrive40, menjadikan harga terkininya RM385,430 atau kira-kira 6.64% lebih tinggi berbanding tahun lalu (RM361,430). Varian pertengahan xDrive40 Sport pula kini dijual pada harga  RM407,430  berbanding RM429,430 tahun lalu. Harga bagi varian xDrive50 yang baru dilancarkan pula kekal sama.




Masih lagi dalam segmen EV, kedua-dua varian i4 eDrive 40 M Sport  dan M50 kini dijual pada harga lebih tinggi, masing-masing ditawarkan pada harga RM384,210 dan RM430,210.




SUV keluaran BMW juga kini menyaksikan kenaikan harga yang mana model X3 dinaikkan sehingga RM7,610, model X6 sehingga RM870, dan model X4 xDrive30i M Sport pula menunjukkan kenaikan tertinggi dalam barisan kenderaan X dengan kenaikan sebanyak RM12,610.




Untuk barisan kereta prestasi,  M5 dan M5 Competition kini dijual pada harga lebih RM450 berbanding tahun lalu, manakala M3 Competition pula meningkat sehingga RM30,130 – kenaikan tertinggi berbanding kereta BMW yang lain. 




Selain itu, model seperti 1 Series M135i xDrive, 2 Series 218i Gran Coupe M Sport, 5 Series 530i M Sport, 6 Series 630i GT M Sport, serta Z4 convertible turut dijual pada harga lebih tinggi tahun ini. 




Namun begitu, bukan semua model menunjukkan peningkatan harga kerana sesetengah model hibrid plug-in (PHEV) kini dijual pada harga lebih rendah berbanding tahun lalu. Ini termasuk X5 xDrive45e M Sport dan 5 Series 530e M Sport yang masing-masing diturunkan harga sebanyak RM130 dan RM1,067. Selain itu, 8 Series M850i xDrive MY Edition gran coupe pula mencatatkan penurunan harga yang tertinggi iaitu sehingga RM15,060, dengan harga jualan terbaharu RM1,057,640.


Seperti jenama lain, kenaikan harga ini disebabkan oleh peningkatan kos pengeluaran, inflasi global dan juga kejatuhan nilai mata wang.


Sebelum ini, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad pernah memaklumkan kenaikan akan berlaku disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan global kerana pelbagai konflik yang tercetus dan juga ekoran pemulihan ekonomi pasca pandemik. 




Tag:

BMW Malaysia
xDrive
SUV
BMW M3
BMW M4
iX
BMW ix
BMW MINI
BMW X6
M50
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, BMW Malaysia turut melancarkan dua model BMW 3 Series 2025 , BMW 320i Sport dan 330i M Sport, sebentar tadi.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW X3 20 xDrive M Sport yang memperlihatkan reka bentuk yang lebih gah daripada biasa. Ini perinciannya...

12-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026