Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suhana Veru

Kongsi melalui

Untitled-design---2026-08-07T095348.982.png

Jika anda seorang yang gemar mengikuti sejarah setiap jenama kereta, sudah pasti anda menyedari mengenai peralihan reka bentuk BMW.

Menyingkap kembali awal tahun 2000-an, kehadiran model 7 Series "Bangle Butt" sekali gusmenerima pelbagai reaksi . Ia adlaah hasil rekaan Chris Bangle yang merupakan seorang pereka automotif yang sangat berbakat dalam memecah-belahkan peminat kereta. 

Bagi yang tidak tahu, model 7 Series ini adalah antara model paling laris dalam sejarah BMW.

Kemuncak kontroversi rekaan berlaku pada tahun 2020 apabila BMW memperkenalkan gril breaver teeth (umpama gigi menegak) pada model M3/M4.

Kehadiran rekaan kontroversial ini pada model 4 Series dan M3/M4 bukan sahaja mencetuskan kemarahan peminat, malah "membakar" arena perbincangan di seluruh media sosial dan forum automotif dunia.

Hakikatnya, setiap pelancaran model baharu BMW pasti tidak terlepas daripada kritikan terhadap rekaan grilnya yang sering berubah-ubah, daripada gaya terlalu nipis dan lebar, sehinggalah bentuk 'hidung kembang' yang mencetuskan pelbagai reaksi.

Di sebalik kontroversi hidung BMW, menerusi pelancaran  rasmi BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu di Malaysia yang merupakan kenderaan pengeluaran pertama dalam era revolusi Neue Klasse sekali lagi menjadi kritikan.

image.png

Namun sebelum ada meninggalkan sebarang komen, lihat imej-imej di bawah.

image.png

Sudah dinobatkan sebagai World Car of the Year dan World Electric Vehicle of the Year 2026, iX3 baharu ini bukan sekadar kenyataan reka bentuk, ia adalah sebuah karya agung dalam evolusi automotif.

image.png

Namun begitu, meraih pengiktirafan kritikal global adalah satu perkara yang lumrah sebaliknya  menonjol dalam pasaran EV yang sangat kompetitif pula adalah next level.

Bagi  memahami kenapa BMW mengambil risiko visual dan teknologi yang begitu radikal pada iX3, anda perlu melihat kepada realiti baharu ekonomi automotif global yang semakin  sengit ketika ini.

Selama bertahun-tahun, formula untuk kereta mewah Jerman adalah mudah: tawarkan kejuruteraan yang legenda, letakkan lencana prestij pada bahagian gril, dan lihat pembeli membanjiri bilik pameran. Era itu kini telahpun melabuhkan tirainya secara rasmi.

Peralihan: Apa yang Dituntut oleh Pembeli Mewah Moden

Di pasaran Asia, di mana penembusan Kenderaan Tenaga Baharu (New Energy Vehicle - NEV) telah melepasi 60%, para pembeli menilai kemewahan melalui sudut pandang yang sepenuhnya baharu:

Tiada Lagi Keagungan Lencana: Simbol status tradisional dan warisan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang lama membawa jauh lebih sedikit pengaruh.

Keutamaan Teknologi Didahulukan: "Kemewahan" kini ditentukan oleh seni bina pengecasan pantas 800V, ECU tengah yang sangat responsif, dan kokpit digital yang menyeluruh.

Kehadiran Visual: Jika jenama Eropah melancarkan EV berbentuk telur yang licin dan membulat yang tenggelam bersama arus trafik, pembeli Asia yang celik teknologi akan pula akan memilih alternatif pengeluaran model  tempatan yang  hadir dengan rekaan lebih tajam serta agresif.

Daripada "Big Three" pembuat kereta mewah Jerman (BMW, Mercedes-Benz, Audi), BMW merupakan jenama yang paling berani mengambil risiko dari segi visual dan teknologi.

Berbanding mengejar trend reka bentuk generik, BMW memperhebatkan lagi identiti visual yang berani dan mudah dikenali serta-merta, sekali gus menyediakan platform yang ideal untuk memperkenalkan era Neue Klasse ke Malaysia dan persada dunia.

Penghormatan kepada BMW 2002 Legend

image.png

Dengan bualan hangat di media sosial, reka bentuk bahagian hadapan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu bukanlah satu eksperimen visual yang sembarangan; ia adalah penghormatan berteknologi tinggi kepada warisan BMW yang paling agung.

Apabila Neue Klasse asal diperkenalkan pada tahun 1960-an ( bermula dengan BMW 1500 yang membawa pembaharuan besar dan memuncak pada model ikonik BMW 2002), ia memperkenalkan topeng hadapan yang revolusioner: gril buah pinggang menegak yang ramping terletak kemas di dalam fasia hadapan mendatar yang luas.

Evolusi Warisan: Ikon 1960-an VS.iX3 2026

image.png

Langkah reka bentuk tunggal itu bukan sahaja menyelamatkan BMW daripada kerugian tetapi ia juga mentakrifkan estetika sedan sports moden selama berdekad-dekad lamanya.

Melalui iX3 2026, pasukan reka bentuk global BMW telah mendigitalkan sejarah mereka.Menerusi korm dan  dan  gril secara terbuka yang besar nampaknya telah  digantikan dengan pencahayaan "phygital" yang mengubah warisan tradisional menjadi signatur  digital moden.


SALASILAH REKA BENTUK: KLASIK 1960-an LWN. iX3 2026

ELEMEN REKA BENTUKKlasik Neue Klasse 1960-an(BMW 1500 / 2002)Neue Klasse BMW iX3 2026(Platform NA5)
Geometri GrilGril buah pinggang berkembar menegak yang ramping dan tegakGril buah pinggang menegak bercahaya dengan BMW Iconic Glow
Gaya Muka DepanMuka melintang yang lebar, kemas, dan dihiasi kemasan kromMuka pencahayaan digital monolitik dengan permukaan yang bersih
Signatur LampuLampu utama analog bulat berkembarGrafik lampu LED bersilang (diagonal) yang bersepadu
Liku Hofmeister (Hofmeister Kink)Lipatan logam tiang-C fizikal yang tajam dengan kemasan kromGrafik "reflective print" berdigit yang bersepadu pada kaca suku belakang
Tujuan UtamaPenyejukan aliran udara radiator untuk enjin M10Integrasi penderia + pengecaman jenama yang ikonik siang dan malam


Dengan menggantikan jaringan statik dengan pencahayaan interaktif, iX3 baharu ini merapatkan jurang 60 tahun  dengan teknologi elektrik 800-volt dengan lancar, menghasilkan wajah yang menonjol.

Sejarah Sentiasa Buktikan BMW Betul

Setiap kali BMW keluar daripada kebiasaan, para pengkritik akan mengisytiharkan berakhirnya satu era. Dan setiap kali itu juga, reka bentuk tersebutlah yang mentakrifkan trend automotif untuk dekad seterusnya.

Diakui, kejuruteraan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro  cukup menonjol dalam pasaran global utama seperti China, dan menghormati semangat perintis Neue Klasse 1960-an selain mempunyai penanda aras baharu untuk prestasi dan ciri-ciri kemewahan .

Sama ada anda meminatinya atau membencinya sekarang, satu perkara pasti: BMW tidak mengikut trend EV, mereka menciptanya sejak dari mula lagi.



NOTA: Artikel ini diterjemahkan daripada hasil penulisan Penulis Bahasa Inggeris, Sofea Najmi.

Gallery

Tag:

BMW Malaysia
BMW 7 Series
Chris Bangle
BMW M3/M4
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

Gaya Hidup
ECRL Bakal Siap: Ini 7 Kemudahan Menanti Penumpang
Gaya Hidup
Antara Hobi Dan Nyawa: Bila Hobi Sihat Menjadi Tragedi Berdarah
Gaya Hidup
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Gaya Hidup
Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.

08-07-2026
Gaya Hidup
KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda

KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda

Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.

02-07-2026
Gaya Hidup
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Gaya Hidup
Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr

Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr

Zeekr Dynamic: Himpunan Pemilik Zeekr Serantau Uji Keupayaan EV di SIC!

03-06-2026