- Berita
- Berita Auto
- Diskaun Saman 50% Bermula 10-12 Januari Ini

Ada berita baik buat warga kota. Ini kerana Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun 50 peratus buat warga kota bagi saman trafik terpilih bermula 10 hingga 12 Januari.
Bagaimanapun, diskaun tidak diberikan terhadap saman yang tidak boleh kompaun (NC) seperti berikut:
• Status perbicaraan
• Saman berkaitan kenderaan berat
• Ubah suai ekzos
• Potong Q
• Kemalangan
• Potong di garisan berkembar
• Pandu di lorong kecemasan
• Langgar lampu merah

Untuk info, diskaun saman hanya diberikan ke atas saman yang dikeluarkan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja dan tidak melibatkan saman dari agensi penguatkuasaan lain.
Anda hanya boleh membuat pembayaran saman di Balai Trafik, Jalan Tun H S Lee pada tarikh yang ditetapkan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

