Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jom Uji Kemampuan Sebenar Xpander & Berpeluang Terima Hadiah Nintendo Switch, G-Shock & Jaket!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan siri roadshow baharu, Mitsubishi Xpander Venture. Acara ini akan diadakan di tiga lokasi di seluruh negara bermula dengan Shah Alam hujung minggu ini.




 

Acara Xpander Venture yang pertama kali dianjurkan ini akan berlangsung dari 14 hingga 15 Jan, 2023, di Dataran Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam, Selangor, bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang, di mana kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung.


Orang ramai yang datang berpeluang untuk memandu uji Mitsubishi Xpander dalam laluan yang dipenuhi dengan pelbagai halangan mencabar yang telah direka untuk mempamerkan kemampuan sebenar MPV crossover terbaharu keluaran Mitsubishi ini. 





Bermula dengan halangan Devil’s Angle, peserta perlu menempuhi laluan yang ditenggelami air. Jarak kelegaan tanah setinggi 205 mm jentera ini memudahkannye untuk meredah tanpa sebarang masalah. 




Seterusnya, peserta akan dibawa untuk menempuhi halangan Side Traverse yang telah direka khas untuk menguji prestasi pengendalian Xpander selain dapat menguji ketangkasan pemandu. 





Kemudian, halangan Log & Roll di mana pengunjung akan merasai keselesaan sebenar ruang kabin dan kualiti sistem suspensi Xpander, sebelum diikuti oleh halangan Roller Conveyer yang menguji sistem kawalan cengkaman kereta semasa melalui jalan yang licin atau tidak rata. 




Cabaran Xpander Venture ini diakhiri dengan halangan Agility Challenge, sejenis ujian yang dihasilkan untuk menunjukkan kemampuan Xpander bergerak melalui ruang dan sudut sempit.


Selain laluan berhalangan, pengunjung yang telah memandu uji Xpander akan menerima topi eksklusif Mitsubishi Motors selain peluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuklah Nintendo Switch, jam tangan Casio G-Shock serta jaket North Face. 





Bercadang untuk membeli kenderaan Mitsubishi? Jom hadir ke acara ini untuk membuat tempahan kerana pelanggan yang menempah sama ada Mitsubishi Xpander atau Triton semasa hari acara ini berlangsung akan menerima tumbler Stanley 8oz secara percuma. 


Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan ramai selebriti tempatan iaitu:

  • Sherry Alhadad: 15 Jan (Ahad), 3.00 pm 

  • Sharifah Shahirah: 14 Jan (Sabtu), 12.00 pm 

  • Bell Ngasri: 15 Jan (Ahad), 12.00 pm


Di samping itu, pelbagai aktiviti dan permainan menarik disediakan selain dapat menikmati aneka snek dan pencuci mulut yang dihidangkan secara percuma.

Berikut adalah senarai lokasi dan tarikh roadshow MMM Xpander Venture yang akan berlangsung:


  • Dataran Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam, Selangor: 14 - 15 Jan

  • Toppen Mall Outdoor Carpark, Johor Bahru, Johor: 4 - 5 Februari

  • Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah: 4 - 5 Mac


Tawaran Istimewa Tahun Baru Cina


Pelanggan yang membuat tempahan Xpander terbaharu, dapat menikmati sama ada bayaran ansuran bulanan rendah bermula daripada RM798 atau kadar faedah serendah 2.38% menerusi pembiayaan Maybank atau Public Bank. 

Program Tukar Beli Percuma 

Pelanggan juga boleh memilih program tukar beli (trade-in) dengan sokongan RM2,000 untuk penukaran kenderaan sedia ada kepada Xpander baharu. Promosi ini sah sehingga 31 Mac, 2023. 





Tag:

Mitsubishi Motors Malaysia
Mitsubishi Triton
mitsubishi motors corporation
roadshow
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
Mitsubishi Triton AXCR 2022
Mitsubishi Xpander MPV
Xpander Venture
Mitsubishi Malaysia Xpander Venture Roadshow
Mitsubishi Triton 2022
acara roadshow
laluan berhalangan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-04-2026
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Kereta Baru

06-03-2026
Berita Auto

26-09-2025
Global

10-12-2024
Berita Auto

05-12-2024
Pandu Uji

04-10-2024
Global

06-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026