Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerajaan Selangor Setuju Tambah Lagi Peruntukan Baiki Cerun di Jalan Batang Kali

Suhana Veru

Kongsi melalui


Selepas menerima  laporan bencana tanah runtuh Batang Kali yang dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), kerajaan Selangor bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM21.1 juta bagi pembaikan cerun di kawasan kejadian tanah runtuh itu.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Difahamkan, penambahan peruntukan bagi pembaikan cerun itu adalah hasil cadangan daripada Jabatan Kerja Raya.

Sekadar info, kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali pada 16 Dis lalu  melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter (m) dan setinggi 70m.

Dalam kejadian itu, seramai 31 mangsa disahkan terkorban manakala 61 individu terselamat.

Buat masa ini,  pengguna disarankan untuk menggunakan dua laluan alternatif iaitu Jalan Negeri B23 Laluan Ulu Yam – Batu Caves dan Jalan Persekutuan FT001 Laluan Kuala Lumpur – Ipoh.


Gallery

Tag:

jalanbatangkali
father'sorganicfarm
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jalan Batang Kali Ditutup Tapi Ada Laluan Alternatif Lain

Gara-gara kejadian runtuh di jalan Batang Kali,- Genting, Selangor menyebabkan kerajaan terpaksa menutup laluan itu selama setahun bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di lokasi terbabit.

20-12-2022
Berita Auto

Jalan Batang Kali Dibuka, Tapi Bukan Semua Orang Boleh Lalu

Laluan Batang Kali - Genting Highlands dibuka petang ini.

06-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Berita Auto

Hotspot Kemalangan Patut Dipasang Kamera AWAS, - JPJ Terengganu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mencadangkan supaya pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dilakukan di laluan berisiko tinggi dan lokasi kerap berlaku kemalangan.

09-01-2026
Berita Auto

UTM Jalin Kerjasama Perodua, Bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

Program yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan pengeluar automatif nasional, Perodua, direka untuk meningkatkan mobiliti kampus dan keselamatan pelajar.

09-01-2026
Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026
Berita Auto

Tambang RM328 Ke Sarawak, RM398 Ke Sabah Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

AirAsia mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan dengan menawarkan harga tiket pada kadar RM328 bagi penerbangan ke Sarawak dan RM398 bagi laluan Sabah sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri pada tahun ini.

08-01-2026