Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LTU: 2 Juta Pengguna Bakal Guna Laluan Itu, Yang Paling Best Tiada Tol

Suhana Veru

Kongsi melalui


Baki tiga tahun lagi, golongan perantau sudah boleh menarik nafas lega sebaik  Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) siap sepenuhnya kerana laluan itu dikatakan mempercepatkan tempoh perjalanan dari ibu negara ke Kelantan.

Selain menjimatkan kos bahan api,  golongan perantau sudah tidak perlu menghadap kesesakan hampir 14 jam terutama menjelang hari raya.

Apa yang cukup menarik ialah laluan ini tidak mempunyai sebarang tol.


Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Projek yang menelan belanja RM257 juta  dijangka akan digunakan oleh dua juta pengguna ketika waktu puncak seperti musim perayaan dan cuma memakan masa selamat 30 minit dari Relong (Lipis) ke Gua Musang, Kelantan.

"Projek LTU juga dapat mengurangkan kesesakan pada waktu tertentu dan pada masa yang sama menurunkan kadar kemalangan jalan raya serta jaminan keselamatan orang ramai.

"Lebuh raya ini pastinya memberi kelebihan kepada mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan dan pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung pada musim perayaan,” katanya.


Sekadar info, LTU adalah antara satu projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) yang melibatkan enam pakej dari Kelantan ke Pahang sejauh lebih 300 kilometer (km) dengan peruntukan sebanyak RM10 billion.


Seksyen 3J antara lain melibatkan skop kerja pembinaan jalan baharu berkembar empat lorong dua hala sepanjang 6.95 km dari Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong dan pembinaan lima jambatan yang dijangka siap pada Julai 2024.


Gallery

Tag:

Public Works Ministry (KKR)
LTU
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%

Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.

08-07-2026
Berita Auto

Seperti Biasa, Tol Percuma Sempena Raya!

Terima kasih kerajaan Madani.

29-03-2024
Berita Auto

MyJalan Dah Boleh Guna

Aplikasi MyJalan mudahkan pengguna buat aduan kerosakan jalan raya.

23-08-2023
Berita Auto

Isu Jalan Rosak, Berlubang Jangan Dibuat Main

KKR bakal melancarkan kempen untuk mengatasi isu infrastruktur jalan raya.

02-08-2023
Berita Auto

SAH: Kerajaan Akan Laksanakan Sistem Tol Tanpa Henti

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan sistem kutipan tol tanpa henti dalam tempoh terdekat ini.

07-02-2023
Berita Auto

R&R Sementara LTU Sempat Siap Sebelum Raya

Rehat dan Rawat (R&R) sementara yang didirikan di sepanjang Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dijangka siap beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri.

21-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026