Link Copiedcheck_circle
EV

Nantikan Kemunculan VW ID.7

Suhana Veru

Kongsi melalui


Volkswagen Group mengesahkan bahawa sedan tiga kotak, Volkswagen ID.7 akan ditayangkan pada acara Consumer Electronics Show (CES) yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat sepanjang minggu ini.

Sedan ini yang merupakan model keenam Volkswagen ID dibina berdasarkan platform modular MEB.

VW ID.7 merupakan versi produksi kepada model konsep VW ID.Aero yang ditayangkan secara umum di China beberapa bulan lalu.


Susulan penampilannya itu,  Volkswagen memperkenalkannya pula ke pasaran Amerika pada acara CES 2023, sekali gus menandakan kembalinya jenama itu sejak kali terakhir ia muncul enam tahun lalu.

Untuk acara kali ini, ID.7 menggunakan kamuflaj digital yang mana ia merupakan cat sebenar yang terdiri daripada 40 lapisan.

Difahamkan, 22 bahagian pada sedan ini dilengkapi dengan   teknologi electroluminescence bagi mencipta paparan cahaya yang unik.

Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen Group, Thomas Schafer berkata, pihaknya mahu memperluaskan rangkaian model elektrik ke segmen berkelas tinggi.


“Sedan ini menawarkan teknologi dan kualiti yang berkelas tinggi dan ID.7 ini merupakan salah satu daripada 10 model elektrik baharu yang akan dilancarkan menjelang tahun 2026,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya amat komited untuk menyampaikan produk yang sesuai kepada para pelanggan dalam setiap segmen.


Untuk info anda, jarak antara roda jentera ini sepanjang 2,970mm, manakala jarak overhang hadapan kereta turut dipendekkan yang bertujuan untuk meluaskan lagi ruang dalamannya.

Menurut Volkswagen, sedan ini menawarkan paparan konsep baharu skrin sentuh bersaiz 15.0 inci, roda stereng dengan butang fungsi sensitif sentuhan, paparan head-up realiti terimbuh, sistem kawalan iklim automatik serta kawalan suara “Hello Volkswagen”.

Apa yang cukup menarik ialah Liang Udara Pintar atau Smart Air Vents dikatakan mampu menyalurkan aliran udara secara dinamik untuk mengedarkan udara ke kawasan yang luas secepat mungkin.

Pendek kata, penumpang belakang tidak akan berasa panas kerana edaran penghawa dinginnya berfungsi dengan begitu pantas.


Buat masa ini, tiada sebarang maklumat berhubung pek bateri dan kuasa motor elektriknya sebaliknya, Volkswagen mengakui ID.7 ini mampu mencapai jarak gerak sehingga 700 km mengikut data WLTP.

Biarpun tiada begitu banyak info, namun apa yang pasti ialah ID.7 akan menjadi model global kedua Volkswagen selepas ID.4 dan pasaran sasaran utamanya ialah China, Eropah dan Amerika Utara.


Sehingga kini, Volkswagen telah menghantar 500,000 kenderaan ID di seluruh dunia sejak ID.3 pertama kali dilancarkan pada September 2020.


Gallery

Tag:

Volkswagen ID
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026