Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemandu Lori Buat Hal Lagi, Mujur Tiada Yang Terkorban

Suhana Veru

Kongsi melalui

Semalam tular satu klip video yang memaparkan sebuah lori tanah dipandu secara lawan arus di Kilometer 5.5 Lebuhraya Linkedua, Johor Bahru sehingga menyebabkan kemalangan dua kenderaan.

Kemalangan itu melibatkan sebuah Nissan Almera dan Mercedes-Benz dengan nombor pendaftaran Singapura.

Mujur, pemandu Mercedes Benz hanya mengalami kecederaan pada bahagian leher dan kaki dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun kedua-dua kenderaan itu kemek teruk gara-gara dirempuh lori tanah itu.


Bagaimanapun tidak sampai 24 jam, pemandu itu telah ditahan polis dan hasil siasatan mendapati pemandu berkenaan sebenarnya mabuk.

Suspek dikatakan dalam perjalanan dari arah Kulai menuju ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Namun sebaik suspek sampai kawasan rehat dan rawat (R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, pemandu terbabit dipercayau telah terlepas susur keluar untuk ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Oleh itu, dia bertindak memandu secara melawan arus untuk memasuki susur berkenaan yang kemudian menyebabkan pelanggaran  dua buah kenderaan lain iaitu sebuah kereta jenis Mercedes Benz dan Nissan Almera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.


“Sebaik video itu tular, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kemalangan dan suspek sudah ditahan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Tag:

LINKEDUA
pemandumabuk
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PLUS cuma ambil masa dua jam selesaikan masalah RFID

Dalam masa dua jam, sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di beberapa plaza tol yang terjejas semalam telah kembali beroperasi seperti biasa.

16-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026