Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian! Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini Untuk Acara Basikal

Suhana Veru

Kongsi melalui


Gambar Ihsan: PenangBridge.com

Perhatian, buat para pemandu yang mahu menghala ke Pulau Pinang pada Ahad ini!

Ini kerana Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup secara berperingkat pada hujung minggu ini bagi memberi laluan kepada peserta acara kayuhan basikal, Penang Fellowship Ride.

Bagaimanapun, hanya satu laluan sehala di kedua-dua jambatan ini akan ditutup sepenuhnya bermula pukul 6.30 pagi hingga 1 tengah hari. 

Berikut info penutupan jambatan:

Arah bahagian Pulau ke Seberang Perai ditutup dari 6.30 pagi hingga 9 pagi  (Jambatan Pulau Pinang).

Arah Batu Kawan ke Batu Maung ditutup dari 9 pagi hingga 12 tengah hari (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah).


Gambar Ihsan: PenangBridge.com

Difahamkan, acara ini telah menarik 2,500 penyertaan termasuk peserta dari Singapura, Australia dan Jepun serta Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak juga akan mengambil bahagian dalam acara kayuhan berbasikal itu.

Apapun, nasihat penulis kepada yang mahu menuju atau keluar dari Pulau Pinang pada Ahad ini elakkan menggunakan jambatan tersebut pada waktu yang dinyatakan itu, jika tidak, anda akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang agak teruk.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026