Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Range Rover L460, Enjin V8, Harga Masih Belum Didedahkan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Jaguar Land Rover Malaysia mengesahkan pihaknya akan melancarkan kenderaan utiliti sukan mewahnya, Range Rover L460 pada pertengahan Februari ini.

Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, berkata, Range Rover L460 ialah SUV prestasi mewah terbaik dalam kelasnya dengan gabungan inovasi yang sempurna. 

“Ini akan menjadi Range Rover yang paling diingini dan kami teruja untuk membawanya ke pasaran Malaysia tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sekadar info, Range Rover L460 didatangkan dengan ciri seperti rim aloi 22 inci, All-Wheel Steering dan tempat duduk separa mewah yang dipadankan dengan kulit aniline.


Malah terdapat juga kamera 3D, paparan pemacu interaktif 13.7 inci, skrin sentuh terapung dengan kaca melengkung bersaiz 13.1 inci dan sistem audio Meridian berkuasa di antara 400 watt hingga 1,600 watt.

Sementara itu, bagi varian High Specification Equipment, ia hadir dengan kemewahan moden dalam segmen SUV selain menyediakan pelbagai pilihan penyesuaian dan personalisasi.

Mengenai prestasinya pula, Range Rover L460 dipadankan dengan enjin petrol V8 pengecas turbo 4.4 liter dimana ia  mampu menghasilkan  kuasa 530hp dan tork 750Nm.

Buat masa itu sahaja maklumat yang kami terima, apapun butiran lanjut akan didedahkan pada majlis pelancarannya nanti!

Teruskan bersama Caricarz!


Tag:

Jaguar Land Rover
rangerover
rangeroverL460
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5

Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.

26-11-2024
Berita Auto

Pakej Stealth Buat I-Pace Lebih Menonjol

Para pemilik Jaguar I-PACE yang berhasrat untuk meningkatkan nilai estetik kereta mereka kini boleh mendapatkan Pek I- PACE Stealth.

30-11-2023
Pandu Uji
Berita Auto

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Lantik Presiden Baharu

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melantik Mohd Shamsor Mohd Zain sebagai Presiden baharu bagi penggal 2023/2024,

10-04-2023
Kereta Baru

Jaguar XF Harga Bermula RM498K

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) memperkenalkan Jaguar XF baru-baru ini.

14-06-2022
Berita Auto

Land Rover Discovery Metropolitan Edition Diperkenalkan

Land Rover perkenalkan variasi terbaharu, Metropolitan Edition.

16-11-2021
Berita Auto

Land Rover Defender Bakal Gegarkan Pasaran Malaysia!

All New Land Rover Defender akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

19-08-2021
Berita Auto

Sime Darby Auto Connexion Merangkul Anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards!

Jaguar Land Rover Malaysia telah berjaya merangkul anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards 2020/21.

11-06-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026