Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Selamat Tinggal Proton, Karamjit Singh Bakal Pandu Myvi Turbo!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Selepas bertahun setia dengan produk Proton, legenda rali negara, Karamjit Singh, 60, akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan Perodua Myvi bagi menghadapi musim baharu Kejuaraan Rali MNRC 2023.

Dengan alasan mahu bertukar angin, beliau yang dikenali sebagai 'Flying Sikh' kini mahu menggunakan Myvi pada kejuraan kali ini.

"Saya sebenarnya peminat PROTON. Dari 1988 dan sehingga sekarang memang saya memandu PROTON tapi sayangnya kami tidak menerima sokongan daripada PROTON. Saya daripada 2017, membeli dan membelanjakan lebih RM500,000 wang sendiri (untuk mengubahsuai kereta Gen 2) sehingga terpaksa keluarkan semua duit persaraan.

"Memang nak cari penaja untuk membuat kereta baharu... 'boss' saya pun kata 'kenapa tidak lupakan PROTON'. Lagipun kereta rali (pada waktu ini) memang menggunakan kereta kecil seperti saiz Myvi kerana senang serta kurang berat untuk dipandu," katanya.


Pada Kejuaraan Rali MNRC 2022, Karamjit  bersama pembantunya, Jagdev Singh menggunakan jentera PROTON Gen 2 yang berusia 15 tahun.

Ketika itu, mereka muncul sebagai juara keseluruhan pada perlumbaan berkenaan.

Apapun, Myvi yang bakal digunakan itu bukan calang-calang kerana kentera itu akan disumbat dengan enjin 2.0-liter turbo termasuk sistem pacuan semua-roda (AWD).

Untuk rekod, Karamjit pernah memandu pelbagai model Proton iaitu Saga bermula 1988-1992, Iswara (1993-1994), Wira (1995-1999 dan 2006-2007), PERT (2000-2005), Satria Neo (2011-2015) dan  Gen2 dari 2017 sehingga tahun lalu.


Gallery

Tag:

protongen
karamjit
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026