Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tidak Sempat Mengelak, Dua Calon SPM Maut Bertembung Kereta

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Malang menimpa dua orang sahabat berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh selepas mereka maut dalam satu kemalangan yang berlaku di  Jalan Sungai Rusa, Sungai Pinang, Balik Pulau, malam tadi. 

Kedua-dua pelajar tersebut yang menaiki motosikal Honda Wave telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu lelaki berusia 35 tahun.


Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, pihaknya menerima laporan berkenaan kemalangan tersebut pada pukul 10.10 malam. 

Jelas beliau, kemalangan itu berlaku apabila motosikal yang dinaiki mangsa merempuh kereta berkenaan selepas cuba memotong kenderaan lain sebelum memasuki lorong bertentangan. 

“Akibat kemalangan terbabit, lelaki yang berasal dari Gelugor itu mengalami cedera di pipi.


Penunggang motosikal, Nur Humaira Mohd. Zaini, 17, maut di lokasi kejadian kerana kecederaan parah. Sementara itu, sahabatnya, yang juga pembonceng motosikal itu, Nur Fatimah Salamahullah, 17, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).



Hasil siasatan mendapati pemandu kereta dan penunggang motosikal didapati mempunyai lesen yang sah.

"Lelaki yang bekerja sebagai mekanik berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Georgetown ke Kuala Sungai Pinang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, " katanya.


Mangsa yang meninggal dunia telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Ehsan. Al-fatihah. Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Sumber berita: Berita Harian | Sumber foto: Media sosial/Amirul Hadi

Baca: "Kemalangan Maut Semakin Tinggi Berbanding Kes Covid," -Anthony

Baca: 55 Jam Terperangkap Dalam Kereta Terbalik, 3 Kanak-Kanak Selamat Tetapi...

Baca: Anak 4 Tahun Ini Masih Belum Tahu Ibu, Ayah, Adik Maut Kemalangan

Tag:

kemalangan
Proton Waja
kemalangan maut
kemalangan jalan raya
Honda Wave
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa

Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.

24-05-2022
Berita Auto

09-04-2024
Berita Auto

27-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026