Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Betul Ke UMW Toyota Nak Tayang 5 Model Sport Pada 17 Ini?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Ada desas-desus mengatakan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) akan melancarkan lima model sport pada Jumaat ini.

Ia susulan UMW Toyota ada menyiarkan beberapa imej teaser dengan moto yang tertera perkataan “Awaken The Beast” menerusi laman sesawangnya semalam.

Berdasarkan pengamatan penulis kelima-lima model itu dilihat seolah-olah Toyota GR Supra A90, Toyota GR 86 Toyota GR Corolla.


Selain itu, terdapat dua model  GR Sport yang juga akan didedahkan pada hari yang sama  iaitu  Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport.


Sekadar info, Toyota GR86 sudah pun dilancarkan di peringkat global dua tahun lalu.

Untuk makluman, ia disumbat dengan enjin 2,400 cc Boxer dimana ia mampu menghamburkan kuasa 232hp dan tork 250Nm.


Kesemua kuasa dihantar ke tayar belakang menerusi gear manual 6 kelajuan. 

Maka tidak hairanlah, mengapa GR 86 dalam versi manual ini mampu memecut  dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.3 saat

Sama juga buat GR Corolla, ia juga sudah menembusi pasaran ASEAN pada tahun lalu. 

Ia digandingkan dengan enjin yang sama seperti GR Yaris iaitu tiga-selinder 1.6 liter serta  kotak gear enam kelajuan manual pintar (i-MT) dimana ia mampu menghasilkan 300hp dan tork 370Nm. 

Sementara itu,  model pacuan semua roda pula disumbat  dengan  enjin 3 silinder G16E-GTS 1600cc yang menjana 300 kuasa kuda dan 370Nm tork. Semua kuasa akan disalurkan pada sistem pacuan semua roda GR-Four dengan transmisi manual 6 kelajuan.

Bagaimanapun, model Hilux GR Sport dan juga Corolla Cross GR Sport sudah masuk ke Thailand namun hanya  menerima kemasan kosmetik.


Jadi, masih tidak pasti apakah spesifikasi yang akan disumbat untuk kedua-dua model untuk pasaran Malaysia.

Jadi, tunggu pengumuman rasmi UMW Toyota nanti pada 17 Februari ini!

Teruskan bersama Caricarz.Com..


Gallery

Tag:

UMW Toyota
Toyota GR 86
Toyota GR Supra
GRSupra
Hilux GR Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

23-04-2026
Berita Auto

07-08-2025
EV

01-05-2025
Gaya Hidup

16-06-2024
Berita Auto

09-05-2023
Berita Auto

06-04-2023
Berita Auto

13-03-2023
Kereta Baru

24-02-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026