Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Range Rover L460 Selamat Mendarat, Harga Pula, Jangan Terkejut!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Jaguar Land Rover Malaysia melancarkan SUV mewah generasi kelima, Range Rover L460 yang bakal menerajui segmen kenderaan utiliti sukan (SUV).

SUV mewah ini dijual pada harga daripada RM1.268 juta untuk bebas cukai manakala RM2.488 juta untuk cukai berbayar.


Apa yang pasti Range Rover yang menggabungkan kecanggihan teknologi dengan kemewahan moden merupakan model pertama yang menggunakan Seni Bina Longitud Modular Fleksibel (MLA-Flex) Land Rover baharu.


Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Hong Kong & Macau, Jeffrey Gan, berkata dengan keupayaan hebat dan kecanggihan moden, Range Rover L460 menjadi model terbaharu dalam portfolio kenderaan bertaraf dunia.

"Sebagai sebuah SUV premium, kami yakin bahawa model baharu ini amat dinanti-nantikan dalam pasaran kereta mewah Malaysia yang semakin berkembang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz pula berkata, Range Rover L460 mentakrifkan semula segmen SUV mewah dengan kehalusan hasil ketukangan dan teknologi terkini.

"Daripada reka bentuk kepada keupayaan inovatif dan ruang dalam yang serba mewah, Range Rover baharu sememangnya berada dalam kelas tersendiri, membolehkan pemandu menikmati pengalaman memandu yang tiada tandingan," katanya.


Jentera mewah ini disumbat dengan enjin V8 4.4 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa 530 hp dan tork 750Nm. 


Untuk makluman, antara ciri yang pertama kali diperkenalkan di dunia ialah lampu belakang tersembunyi sehingga dihidupkan yang memantapkan lagi paparan visual keseluruhan SUV terbabit.


Antara fungsi premium yang ditampilkan ialah ada alat pengecas peranti tanpa wayar dan sistem infohiburan Pivi Pro yang dilengkapi skrin sentuh kaca terapung melengkung 13.1-inci dengan ciri maklum balas haptik.


Ia disokong oleh Skrin Pemandu Interaktif 13.7-inci baharu, yang menambah baik teknologi Pivi Pro dengan grafik definisi tinggi.


Untuk memastikan proses memandu dan meletak kereta yang lancar, ciri ClearSight Ground View disertakan dengan Kamera Keliling 3D, membolehkan pemandu melihat 'menembusi' bonet, manakala lampu kendali menerangi permukaan pada kelajuan rendah untuk membantu pemandu memandu dengan selamat ke dalam ruang yang sempit.


Mengenai ciri keselamatannya, terdapat suspensi udara elektronik dimana ia mampu mengurangkan had kelajuan apabila ia bergerak pada kelajuan 105 kilometer sejam.


Malah, ia juga dilengkapi dengan stereng semua roda standard yang lebih stabil pada kelajuan yang tinggi dan jarak pusingan yang lebih pendek iaitu 11 meter sekali gus ia mudah dikendalikan. 

Untuk tempahan anda boleh melayari https:www.landrover.com.my.my/.


Gallery

Tag:

New Range Rover
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru
Pendaftaran Minat  Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Adakah DENZA B8 SUV Paling 'King' Tahun Ini?