Link Copiedcheck_circle
Global

[FOTO] Hyundai Elantra 2023 Didedahkan Di Korea Selatan, Lebih Sporty!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Imej Hyundai Elantra 2023 baru-baru ini telah didedahkan oleh Hyundai bagi pasaran Korea Selatan. Untuk pengetahuan pembaca, model yang telah diberikan nafas baharu ini dikenali sebagai Avante di negaranya dan sesetengah pasaran pula i30 Sedan. Ini pembaharuan yang telah diberikan kepada model tersebut…


Hyundai telah mengubah reka bentuk hadapan Elantra terutamanya pada bahagian bahagian lampu hadapan dan gril. Lampunya kini lebih rata sementara grilnya pula kini terbahagi kepada dua bahagian dengan tambahan elemen baharu berwarna badan kereta di bahagian tengah. Selain itu, ia juga turut direka dengan liang ambilan udara pada sisi bampar yang membuatkan kereta tampil lebih sporty. 




Bergerak ke bahagian belakang, perubahan yang dibuat tidak begitu ketara, namun kali ini, bampar belakangnya telah direka semula dan ditambah dengan liang ambilan udara selain terdapat elemen berwarna perak berbentuk U yang lebar. Pada bahagian lampunya pula, Elantra 2023 diberikan reflektor merah yang lebih lebar. 




Sudut lain yang diberikan pembaharuan ialah pada bahagian tayar yang kali ini menggunakan rim aloi dwi-tona rekaan baharu. Panel plastik pada tiang C kini dengan corak baharu serta garisan krom yang tebal pada bahagian hujung. 




Bergerak ke bahagian dalam kabin, pelbagai bahagian di dalamnya kini diperbuat daripada bahan mesra alam. Dari segi teknologi, ia masih menggunakan paparan kluster instrumen digital dan infotainmen sama seperti dahulu yang bersaiz 10.25 inci. Reka bentuk papan pemukanya juga kekal sama. Namun untuk Elantra 2023, pembeli boleh memilih upholsteri berwarna hijau untuk tempat duduk. 


Baca: Hyundai Kona 2024 Bakal Ditawarkan Dalam 4 Varian! EV, Hibrid, ICE & N Line!


Elantra pra-facelift 2021


Di Korea Utara, Elantra dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder 1.6L Smartstream dengan output 121 hp/154 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sejenis sistem transmisi CVT yang dinamakan transmisi boleh ubah pintar (IVT) lapan kelajuan – sama seperti yang ditawarkan di Malaysia. 


Buat masa ini, Elantra yang ditawarkan di negara kita dijual oleh Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) pada harga yang bermula dari RM168,888. Apakah pendapat anda mengenai model 2023 yang berkemungkinan besar akan memasuki pasaran kita tidak lama lagi?


Baca: Hyundai Palisade LX2 PE 2023 Dilancarkan – 2.2L Diesel & 3.8L Petrol, Dari RM369K






Tag:

Korea Selatan
Hyundai Sime Darby
Hyundai Elantra
Hyundai Elantra 2023
Elantra
sedan
Avante
2023 Hyundai i30 Sedan
i30
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Geran Korea Selatan Bantu Sarawak Bangunkan Tenaga Hidrogen

Kerajaan Sarawak telah menerima geran daripada Kementerian Ekonomi dan Kewangan Korea Selatan.

12-06-2024
Global

Hyundai Bekalkan 700 Bas Sel Bahan Api Hidrogen Untuk Incheon, Korea Selatan

Bandar Korea Selatan, Incheon, akan menggunakan sejumlah 700 bas sel bahan api di atas jalan raya menjelang penghujung tahun 2024.

02-03-2023
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Global

Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?

Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.

27-02-2024
Kereta Baru

Ioniq 6 Ada 2 Varian, Harga Bermula RM299K Sahaja

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik yang ketiga, Ioniq 6.

21-07-2023
Pandu Uji

Hyundai Kona Elektrik Nampak Serius, Rupa Macam Alien Tapi Bukan Calang-Calang!

Nak beli Hyundai Kona Elektrik, wajib baca 6 perkara ini dulu.

16-04-2023
Berita Auto

Lebih 200 Unit Hyundai Staria 10 Tempat Duduk Terjual Dalam 1 Bulan!

Hyundai Staria 10 tempat duduk yang baru dilancarkan secara rasmi pada 5 Oktober lalu mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.

04-11-2022
Global

Hyundai Elantra N TCR Edition Diperkenalkan – Gaya Sporty Yang Agresif Untuk Jalan Raya

Sekiranya Hyundai Elantra N versi standard tidak cukup sporty, versi khas yang dikeluarkan kali ini pasti akan mencuri hati. Syarikat automotif Korea ini kini memberikan sentuhan lebih agresif yang melahirkan Hyundai Elantra N TCR Edition.

20-11-2024

Berita Terkini

Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026
Global

Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.

20-02-2026
Global

Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Toyota akhirnya melengkapkan barisan model tersebut di Jepun dengan pelancaran varian hibrid plug-in (PHEV).

20-02-2026
Global

BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030

BMW M dilaporkan sedang bersedia memasuki mod ‘perang’ apabila mendedahkan rancangannya untuk melancarkan sehingga 30 model baharu sebelum dekad ini melabuhkan tirainya.

20-02-2026