Link Copiedcheck_circle
EV

Khabar Angin! Tesla Akan Dijual Di M'sia, Betul Ke?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sejak semalam kecoh mengenai berita yang mengatakan Tesla berkemungkinan besar akan dijual secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi.

Perkara itu mula dihebohkan selepas dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  tersebar meluas di beberapa portal automotif.


Dokumen itu  menunjukkan Tesla sudah menukar namanya dari Tesla Services Sdn Bhd kepada Tesla Sdn Bhd.

Bagaimanapun bagi mendapatkan kesahihah berita berkenaan, kami ada menghubungi sebuah wakil pengedar kereta import (recond) untuk mendapatkan komen berhubung isu itu.



Sumber yang enggan mahu dikenali turut mengesahkan perkara itu. 

Sementara itu, sumber yang sama turut mendedahkan kepada CariCarz.com bahawa jenama Tesla akan memulakan perniagaannya sepenuhnya pada akhir tahun ini. 

Bagaimanapun jenama itu mempunyai halangan untuk memulakan jualan di negara ini disebabkan permit import (AP).

Berbalik kepada dokumen SSM itu, ia turut menunjukkan perkara 'Nature Of Business' yang merujuk sebagai syarikat pemborong dan peruncit kenderaan bermotor baharu, selain melibatkan pengangkutan darat serta servis dan baik pulih kenderaan.

Apapun, kemasukan jenama ini secara rasmi di Malaysia sebenarnya sudah lama dinanti-nantikan dan akhirnya menemui kata sepakat untuk menjualnya  disebabkan beberapa faktor.


Ia disebabkan semakin banyak pengecasan EV dan model EV recond juga dilihat semakin meningkat.

Terdahulu, Tesla ada menunjukkan minatnya untuk memasang pengecas DC di negara ini.


Ia merupakan petanda baik yang menunjukkan potensi pasaran EV di Malaysia semakin berkembang.

Malah, ia  juga berita baik untuk peminat tegar Tesla yang mendambakan sokongan selepas jualan rasmi.

Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Tesla mahupun kerajaan.


Begitupun, masih tidak jelas bagaimana Tesla akan dibawa secara rasmi ke pasaran tempatan dan adakah ia akan menjejaskan peniaga recond tempatan atau sama ada ia ingin mencari rakan kongsi tempatan untuk jualan dan selepas jualan seperti yang di Thailand baru-baru ini.

Apapun teruskan bersama Caricarz untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita ini...


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026