Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lebih 1.2 Juta Kenderaan Terjual Tahun 2022, Ini Strategi Kejayaan Chery...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Chery capai jualan lebih 100,000 unit secara berturut-turut selama lapan bulan sejak Jun 2022 termasuk Januari tahun ini dengan jualan sebanyak 101,379 unit kenderaan, lebih 16.5% berbanding tempoh sama tahun lalu. Model yang menerima permintaan tinggi ialah siri Tiggo 8 dan Tiggo 7 yang masing-masing terjual sebanyak 10,856 dan 12,768 unit pada bulan Januari. 


Secara keseluruhannya, Chery mencatatkan rekod jualan global mencecah 1.23 juta unit sepanjang tahun lalu, dan hampir setengah juta unit di luar negara China, peningkatan 68% berbanding tahun sebelumnya. Prestasi ini menjadikan Chery sebagai syarikat pengeksport kenderaan penumpang nombor satu China selama 20 tahun berturut-turut.


PRODUK YANG HEBAT




Kajian Automotive Performance, Execution and Layout (APEAL) JD Power 2022 mendedahkan Tiggo 8 Pro menduduki tempat kedua dalam segmen SUV bersaiz sederhana dan telah memenangi beberapa anugerah seperti:

  • ‘Model Paling Inovatif 2022’ di Arab Saudi

  • ‘SUV Bersaiz Sederhana Terbaik Tahunan’ di Mexico

  • ‘Kenderaan Crossover Saiz Sederhana Terbaik’ di Pameran Motor Antarabangsa Filipina CAMPI


Sementara itu Tiggo 8 Pro PHEV pula pernah dinobatkan sebagai ‘Enjin Bawah-2.0 liter Terbaik’ dan  Tiggo 8 terpilih sebagai ‘SUV Terbaik Tahunan’ di Brazil.


FAKTOR KEJAYAAN


Pengeluar kenderaan dari negara China ini tidak henti membangunkan teknologi baharu dengan adanya penyelidikan dan pembangunan (R&D) kendiri. Chery memiliki lima pusat R&D di seluruh dunia dengan sejumlah 7,000 jurureka dan jurutera berpengalaman yang pernah bekerja dengan syarikat automotif terkemuka lain. 


Pada September tahun lalu, Chery telah melancarkan strategi teknologi canggih 2025 melalui pengenalan ‘Technology Chery.’ Susun atur Chery bukan sahaja merangkumi pelbagai bidang seperti teknologi teras tradisional dan teknologi CASE (Connected, Autonomous, Sharing dan Electric), tetapi juga meliputi pelbagai dimensi seperti sistem asas, teknologi canggih, platform perkongsian, ekonomi digital, rantaian nilai dan ekosistem.




Pelbagai pencapaian telah dibuat melalui strategi yang menjadi ekosistem inovasi syarikat, ia telah menyumbang kepada peningkatan daya saingnya, sekaligus membantu pertumbuhan jualan Chery Group di peringkat global. 


Teknologi siri Q-POWER, kabin pintar Lion dan  seni bina elektronik dan elektrik EEA 4.0 misalnya digunakan secara meluas dalam kebanyakan model kereta keluaran Chery, ini merupakan sebahagian daripada manifestasi ‘Technology Chery’ yang menggalakkan evolusi produk yang pantas untuk menawarkan kelebihan yang berbeza bagi setiap segmen pasaran.


Untuk tahun 2023, Chery menyasarkan untuk bergerak lebih jauh ke hadapan dengan menggunakan strategi ‘Technology Cherry’ yang sama.

Tag:

Chery
Chery Group
CASE
Technology Chery
R&D
Tiggo 8 Pro
Tiggo 8
Tiggo 8 Pro PHEV
China EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.

21-04-2026
Global

Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.

13-01-2026
Berita Auto

Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.

26-12-2025
Global

Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.

04-12-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Kereta Baru

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025
Global

Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.

21-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026