Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Maserati Levante GT Hybrid Kini Di Malaysia, Harga Dari RM738K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pengimport rasmi Maserati Malaysia, Naza Italia kini telah melancarkan kedatangan Maserati Levante GT Hybrid, sebuah model hibrid ringan atau MHEV kedua keluaran Itali yang memasuki pasaran negara selepas Ghibli Hybrid pada November tahun 2021. 


Model ini menggunakan  trenkuasa hibrid ringan 48V (MHEV), digabungkan dengan enjin turbo 4 silinder 2.0L yang menurut Maserati, “"menggabungkan kelancaran enjin enam silinder dengan kiraan putaran (rev) rendah enjin diesel."




Gabungan sistem yang digunakan memberikan kereta output keseluruhan 330 hp/450 Nm, prestasi yang hampir menyamai Levante yang menggunakan enjin bi-turbo V6 3.0L, model yang kini sudah dihentikan pengeluarannya dengan kuasa 350 hp. 




Kuasa disalurkan kepada kepada kesemua roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan ZF, sistem pacuan semua roda Q4 dan LSD belakang. Ini membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 245 km/j – sama seperti kembar bukan hibridnya.




Sebagai sebuah kenderaan berkuasa hibrid, Levante GT Hybrid menawarkan kecekapan bahan api yang lebih baik iaitu 20% lebih tinggi dengan penggunaan 9.7 ke 10.7L/100KM bahan api berdasarkan kitaran WLTP. 


SUV hibrid ini menggunakan logo Trident terkini yang dapat dilihat pada gril dan juga tiang C. Selain itu, kini terdapat tulisan Maserati pada pintu but dan juga logo GT pada ruang kemasukan udara di sudut tepi. Model ini menggunakan rim aloi 20 inci dan lampu depan matrik adaptif LED penuh. 


Memasuki bahagian dalam, model ini menggunakan unit infotainmen skrin sentuh bersaiz 8.4 inci yang dilengkapkan dengan fungsi navigasi. Sebagai sebuah kereta mewah, sudah semestinya, tempat duduk dibalut dengan dengan kulit. Menambahkan lagi ciri elegan Maserati ini ialah penggunaan warna Piano Black sebagai kemasan ruang dalaman kereta. 




Dari segi keselamatan, Levante GT Hybrid dilengkapkan dengan teknologi pemanduan semi-autonomi seperti kawalan jelajah adaptif dengan fungsi henti dan mula, brek kecemasan autonomi, kamera pandang keliling, bantuan lebuh raya, dan sebagainya. 




Tempahan  Maserati Levante GT Hybrid boleh dibuat melalui Naza Italia dengan harga yang bermula dari RM738,000 tidak termasuk aksesori tambahan lain dan kos atas jalan. Harga ini adalah termasuk jaminan Naza Italia selama 3 tahun, tanpa had perbatuan.








Tag:

Maserati Levante
Maserati Levante Hybrid
Maserati Levante GT Hybrid
Gt Hybrid
GT
hibrid ringan
mild hybrid
Naza Italia
Naza
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

28-02-2023
Kereta Baru

16-02-2023
EV

04-01-2023
Berita Auto

20-05-2022
Berita Auto

Maserati Levante Hybrid: Kereta Hibrid Maserati Yang Inovatif Dalam Segala Aspek!

Maserati telah memperkenalkan SUV elektrik pertama mereka iaitu Maserati Levante Hybrid.

27-05-2021
Berita Auto

Maserati Levante Hybrid: Kereta Hibrid Maserati Yang Inovatif Dalam Segala Aspek!

Maserati telah memperkenalkan SUV elektrik pertama mereka iaitu Maserati Levante Hybrid.

27-05-2021
Kereta Baru

16-02-2023
Kereta Baru

03-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026