Link Copiedcheck_circle
EV

Projek EV Solar Sono Sion Dibatalkan, Ini Puncanya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Pengasas Sono Motors, Laurin Hahn dan Jona Christians (Foto: Sono Motors)


Syarikat Jerman, Sono Motors, membuat pengumuman baru-baru ini bahawa mereka akan menghentikan projek pembangunan kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh tenaga solar, SEV Sion. 


Pada asalnya, penghasilan SEV tersebut, Sono Sion, dijadualkan akan bermula pada separuh kedua tahun ini, dengan harga jualan serendah € 25,126 (kira-kira RM117k), namun kini, syarikat ini akan menjual projek Sion kepada yang berminat meneruskan pembangunan EV solar itu.


Baca: EV Bertenaga Solar, Sion, Terima Lebih 32K Tempahan! Pengeluaran Mula 2023




Prototaip Sion didedahkan pada tahun 2018 sebelum rekaan versi pengeluarannya dipertontonkan pada tahun berikutnya. Ketika itu, idea penghasilan SEV ini menarik perhatian ramai dengan panel badan yang direka sebagai panel solar secara keseluruhannya. 


Melalui pembangunan teknologi inovatif, Sono mendakwa tenaga yang disalurkan oleh panel solar kepada bateri kereta ini dapat meningkatkan jarak perjalanan sehingga kira-kira 18.6 batu (29.93 km) bergantung kepada tahap kecerahan matahari dengan purata kira-kira 70 batu (112.65 km) seminggu.  Ini bermakna pengguna SEV Sion tidak perlu mengecas kenderaan mereka sebanyak pengguna EV biasa.


Baca: Nenek 63 Tahun Ini Hasilkan EV Berkuasa Solar Sendiri! Hebat!




Sono tidak memberikan penjelasan terperinci mengapa program tersebut dibatalkan dalam tempoh hanya beberapa bulan sahaja lagi sebelum ia dilancarkan secara rasmi, namun apa yang jelas, ia turut membabitkan isu pembiayaan projek ini. Selepas keputusan pembatalan projek dibuat, syarikat telah menghentikan kira-kira 300 pekerja. 


Baca: Lightyear 0: Kereta Ini Guna Tenaga Solar 100%, Capai 11,000KM Setahun!




Sono Motors berkata, mereka akan meneruskan usaha untuk menyediakan penyelesaian dan teknologi solar bagi membantu syarikat-syarikat lain yang ingin menikmati penjimatan bahan api, kos dan mengurangkan emisi karbon. Misi baharu syarikat dikatakan lebih ‘mesra’ modal berbanding program Sion yang memerlukan perbelanjaan besar.


Baca: SEV Sion: Kereta Solar Yang Bakal Dijual Kepada Orang Ramai, Pengeluaran Bermula Tahun 2023


Tag:

SEV
SEV Sono Sion
SEV Sion
Sono Sion
Sono Motors
EV Solar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

[FOTO] Aptera Dedahkan Prototaip EV Solar, Gamma, Sudah Terima 32K Tempahan!

Sebuah syarikat startup yang berpangkalan di California Selatan baru sahaja mendedahkan prototaip kenderaan elektrik solar (SEV), Gamma.

16-09-2022
EV

EV Bertenaga Solar, Sion, Terima Lebih 32K Tempahan! Pengeluaran Mula 2023

Sono Motors mengumumkan syarikatnya kini menerima tempahan lebih 32,000 unit bagi EV solar (SEV) Sion.

08-09-2022
Berita Auto
EV

EV Bertenaga Solar, Sion, Terima Lebih 32K Tempahan! Pengeluaran Mula 2023

Sono Motors mengumumkan syarikatnya kini menerima tempahan lebih 32,000 unit bagi EV solar (SEV) Sion.

08-09-2022
Berita Auto

[FOTO] Aptera Dedahkan Prototaip EV Solar, Gamma, Sudah Terima 32K Tempahan!

Sebuah syarikat startup yang berpangkalan di California Selatan baru sahaja mendedahkan prototaip kenderaan elektrik solar (SEV), Gamma.

16-09-2022

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV