Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Mobility Foundation Dedah Penemuan 2 Pemenang Cabaran CATCH, Bagaimana Atasi Kesesakan Di KL

Suhana Veru

Kongsi melalui

TOYOTA Mobility Foundation (TMF) mengumumkan dua pemenang peraduan Cabaran Senibina Bandar untuk Masa Depan, (The City Architecture for Tomorrow Challenge, CATCH) pada satu acara yang diadakan di ibu negara, semalam.

Dua pemenang itu ialah:

Numina dari Amerika Syarikat (AS).

KERB dari Australia.


Pada tahun lalu, kedua-dua pemenang ini menerima geran bernilai AS$250,000 (RM1.08 juta) bagi tujuan ujian percubaan dan pencarian solusi bandar di Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Numina menawarkan teknologi sensor yang mengutamakan privasi bagi menganalisis pergerakan orang ramai dan barangan.

Langkah penempatan sensor itu menghasilkan penemuan berikut:

• Titik konflik berpotensi antara pejalan kaki, kenderaan dua roda dan empat roda di sepanjang Jalan Chow Kit, dengan orang ramai menyeberang jalan meskipun terdapat jambatan pejalan kaki berdekatan

• Potensi peningkatan aliran trafik di Lintasan Bukit Bintang, salah satu jalan paling sibuk di Kuala Lumpur, dengan mengoptimumkan masa isyarat lampu lalu lintas serta meninjau semula jadual pengangkutan awam untuk mengurangkan waktu pejalan kaki dan penumpang terutama pada waktu puncak

• Potensi peningkatan tahap keselamatan harian seramai 3,000 pejalan kaki dan pemandu yang menggunakan Lorong Gombak dan Lorong Tuanku Abdul Rahman dengan penggunaan lintasan pejalan kaki atau lorong pusingan-U khusus untuk mengurangkan titik konflik


Data itu digunakan untuk menghasilkan cadangan bagi meningkatkan reka bentuk infrastruktur bandar dan pengangkutan.

Secara keseluruhan, menerusi projek CATCH, Numina dapat meningkatkan keupayaannya dalam mengesan motosikal, pengangkutan utama di Asia Tenggara, dan menjadi salah satu penyumbang kepada kadar penggunaan serta kemalangan tertinggi di rantau ini.

Sementara itu, Kerb pula membawakan penyelesaian yang dapat meningkatkan kecekapan mobiliti dengan membolehkan pengguna melihat dan menempah ruang letak kereta awam dan persendirian menerusi aplikasi mudah alihnya.

Berdasarkan pelaksanaan projeknya di enam tempat letak kereta di Kuala Lumpur, Kerb mencapai kejayaan dengan:

• Meningkatkan jumlah tempahan tempat letak kereta persendirian membabitkan 2,000 tempahan dengan majoriti pengguna yang memandu kenderaan dari rumah dan terus menggunakan pengangkutan awam selepas meletak kereta

• Mencapai kadar pelanggan berulang sebanyak 94% untuk tempat letak kereta persendirian dan 79 peratus bagi tempat letak kereta DBKL

• Mencapai kadar kepuasan pelanggan sebanyak 96% terutama disebabkan keupayaannya menerima pelbagai kaedah pembayaran serta gambaran jelas mengenai ketersediaan tempat letak kereta.

Sepanjang pelaksanaan projek CATCH, Kerb berjaya menangani kebimbangan pelanggan berhubung lot tempat letak kereta dengan membenarkan pengguna melihat dan menempah ruang yang ada di kawasan utama di mana DBKL dan entiti awam serta persendirian lain seperti Prasarana beroperasi. 

Berikutan dengan projek ini, Kerb berhasrat untuk memperluaskan perkhidmatannya ke bandar-bandar utama lain di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara.

Bagi yang tidak tahu mengenai CATCH, CATCH ialah cabaran inovasi dipacu data yang dilancarkan Februari 2020 anjuran bersama Pusat Penyelesaian Mobiliti Masa Dean Deloitte (Deloitte) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Sejak siri jelajah awal dan tempoh permohonan dibuka, jawatankuasa penganjur CATCH telah menerima lebih 97 permohonan dari 20 negara di seluruh dunia.

Setiap permohonan melalui proses pemilihan ketat termasuk pembangunan Bukti Konsep (POC) dan Produk Berdaya Maju Minimum (MVP) yang mengambil kira kriteria seperti kreativiti, kebolehlaksanaan dan kelestarian.


Gallery

Tag:

toyotamobilityfoundation
CATCH
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026