- Berita
- Gaya Hidup
- BMW Shorties, Miffest Jalin Kerjasama Untuk Cungkil Bakat Kreatif Bertemakan "Evolve 2023"
BMW Shorties, Miffest Jalin Kerjasama Untuk Cungkil Bakat Kreatif Bertemakan "Evolve 2023"
BMW Group Malaysia mengumumkan pihaknya akan bekerjasama dengan Malaysia International Film Festival (MIFFest) untuk edisi BMW Shorties yang ke-17.
Kerjasama itu diadakan bagi memberi peluang kepada anak tempatan untuk mencipta nama di persada antarabangsa.
Bagi festival ini, ia bertemakan EVOLVE dimana para pembikin filem dapat mencungkil bakat kreatif dalam dunia penceritaan selain memberi peluang platform BMW Shorties untuk terus berevolusi mengikut peredaran masa.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, menerusi tema tahun lalu, pihaknya berpeluang menimba inspirasi daripada bakat-bakat kreatif generasi baharu.
“Ia berjaya menonjolkan pelbagai cerita berdasarkan keadaan pandemik ketika itu sekali gus membuktikan bahawa kreativiti berevolusi seiring dengan masa dan juga keadaan.
“Terdapat banyak lagi potensi yang dapat dicungkil ketika kita melangkah ke era endemik,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Tahun ini, BMW Shorties mengalu-alukan rakan pertandingan rasminya, Malaysia International Film
Festival (MIFFest).
Untuk makluman, Misi MIFFest adalah berlandaskan kemanusiaan serta kemampanan hubungan yang dijalin antara bakat-bakat kreatif dalam industri seni perfileman.
Pemenang hadiah utama bagi pertandingan BMW Shorties 2023 akan dianugerahkan geran produksi bernilai RM 80,000 untuk pembikinan filem pembiayaan BMW Shorties.
Selain itu, pelbagai faset pembikinan filem juga akan diiktiraf melalui kategori penganugerahan seperti Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular, serta Anugerah Filem Pendek Terbaik oleh Pelajar.
Serahan penyertaan akan dibuka dari 1 April 2023 hingga 21 Mei ini bermula pukul 6:00 petang menerusi laman sesawang di https://www.mgga.com.my dan laman sesawang BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my.
Gallery


Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari