- Berita
- Gaya Hidup
- Dulu Jadi Teksi KL, Sekarang Kereta Kayangan! Evolusi Dari Golf Mk1 Ke Proton S70
Dulu Jadi Teksi KL, Sekarang Kereta Kayangan! Evolusi Dari Golf Mk1 Ke Proton S70

Landskap pengangkutan awam negara secara rasmi melangkah ke fasa baharu yang lebih moden. Minggu lepas, Proton S70 telah dipilih secara rasmi sebagai model kenderaan teksi baharu di bawah Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional.
Pelancaran program transformatif ini telah disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Merdeka. Apa yang menariknya, inisiatif ini bukan sekadar tentang penukaran kereta baharu, tetapi ia turut menandakan berakhirnya era sistem pajakan tradisional yang sekian lama membebankan para pemandu teksi di Malaysia.
Dengan ruang kabin yang luas, penjimatan bahan api yang cekap, serta pengiktirafan 5-bintang ASEAN NCAP, Proton S70 sedia menawarkan standard keselamatan dan keselesaan premium untuk pemandu mahupun penumpang.

Mengimbau Memori: Zaman 'Rojak' Teksi Kuala Lumpur

Di sebalik kemeriahan pelancaran Teksi MADANI ini, mari kita singkap kembali sejarah. Lambakan model Proton sebagai teksi sebenarnya hanya bermula pada lewat era 1980-an (selepas pelancaran Proton Saga). Sebelum zaman itu, jalan raya di ibu kota dimeriahkan dengan pelbagai jenama global.
Datsun (Kini Nissan): Jenama yang paling popular amat popular dalam kalangan para pemandu teksi ketika itu kerana ketahanan enjinnya yang luar biasa serta kos operasi yang sangat menjimatkan.
Volkswagen Golf Mk1: Percaya atau tidak, model ikonik Jerman yang dilancarkan di Malaysia pada tahun 1976 ini pernah berkhidmat sebagai teksi di sekitar Kuala Lumpur!
Trivia Menarik: Pada akhir tahun 70-an, syarikat Champion Motors (pengedar Volkswagen ketika itu) pernah menyerahkan kunci Golf Mk1 kepada pengusaha teksi pertama di KL yang memilih model hatchback tersebut.
Dulu Kereta Teksi, Sekarang Kereta 'Kayangan'
Berdasarkan laporan berita automotif berbahasa Inggeris, MotaAuto, Volkswagen Golf Mk1 pernah dijadikan teksi sekitar tahun 1980-an.
Mungkin ramai yang tidak tahu!
Ironinya, masa telah mengubah segalanya. Jika pada tahun 1970-an dan 1980-an penumpang boleh menahan sebuah Volkswagen Golf Mk1 di tepi jalan dengan tambang beberapa ringgit sahaja, hari ini senarionya jauh berbeza.
Pada hari ini Volkswagen Golf Mk1 yang masih dalam keadaan mint condition sudah bertukar status menjadi jentera premium, buruan pengumpul tegar, dan hanya dipandu oleh golongan kayangan sebagai hobi hujung minggu.
Daripada sebuah 'hatchback rakyat' yang mengangkut penumpang di celah kesesakan KL, kini legasi pengangkutan awam moden diserahkan pula kepada sedan turbo tempatan, Proton S70.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
