Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW XM Dilancar, Berikut Perinciannya, Harga Cecah Jutaan Ringgit

Suhana Veru

Kongsi melalui

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya, BMW XM dalam satu acara yang diadakan di Sentul, sebentar tadi.

Bagaimanapun sesi pra-tempahan dalam talian telah pun dibuka sejak tahun lepas.

Tempahan itu dibuka di Malaysia dalam tempoh sebulan selepas pengenalan model tersebut di peringkat global.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pihaknya cukup teruja untuk memperkenalkan BMW XM yang pertama di Malaysia.

Jentera SAV serba eksklusif ini merupakan kereta berprestasi tinggi BMW M GmbH yang pertama selain  bakal menampilkan sistem pacuan M HYBRID dan meluaskan lagi keupayaan e-mobiliti dalam segmen kereta berprestasi tinggi di Malaysia,” katanya.

BMW XM hadir dengan trenkuasa hibrid, terdiri daripada bentangan V8 4.4 liter kuasa turbo berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 489 hp dan tork 650 Nm.

Bagi trenkuasa BMW XM, ia merekodkan 480 kW / 653 kk dan 800 Nm tork memandangkan ia dibekalkan melalui transmisi automatik Steptronic Sport lapan kelajuan.


Malah, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam hanya dalam 4.3 saat manakala kelajuan tertinggi pula 250 kilometer sejam (km/j).

Untuk makluman kelajuan tertingginya dihadkan pada paras 250 km/j (270 km/j dengan pakej M Driver, yang disertakan secara standard), manakala kelajuan tertinggi elektriknya dihadkan pada paras 140 km/j.

Menjengah bahagian luarannya, BMW XM membawakan gril “kidney” bersaiz besar dengan kisi-kisi M berkembar secara mendatar.

Ia kemudian disempurnakan dengan kontur gril “kidney” beriluminasi. Di atasnya, terletak dua kubah kuasa sebagai elemen bonet yang berperwatakan ekspresif. 

Bagi menonjolkan penampilannya, terdapat set lampu hadapan yang tampak langsing dan terbahagi kepada dua modul yang berasingan, satu untuk pencahayaan waktu siang dan satu lagi untuk lampu rendah/puncak.

Jika dilihat dari sisi pula, BMW XM menyerlahkan siluet tersendiri yang hadir dengan garis bumbung yang melandai, menyebabkan ia kelihatan lebih garang.


Turut memperkayakan profil sisinya ialah jalur trim dalam rona “nightgold” yang selari dengan garisan tingkap selain t roda aloi ringan bersaiz 23 inci.

Bahagian belakang pula, BMW XM turut diserlahkan oleh lampu belakang berbentuk L yang langsing. 

Sama seperti model BMW M, BMW XM juga didatangkan dengan dua paip ekzos berkembar. 

Bagaimanapun, yang membezakan SAV BMW M  ini ialah ia hadir dengan paip ekzos berbentuk heksagon yang disusun secara menegak.


Dari segi dimensi, panjang BMW XM berukuran 5,100 mm, lebar berukuran 2,005 mm (2,235 mm termasuk cermin sisi) dan tinggi berukuran 1,755 mm, sementara jarak rodanya pula berukuran 3,105 mm. 

Ruang kargonya pula  berukuran 527 liter, dan ia dapatditingkatkan kepada 1,820 liter.

Kabin

BMW XM kini dilengkapi dengan BMW Live Cockpit Professional dimana  ia menampilkan Paparan Informasi 12.3 inci, yang berfungsi seiring dengan Paparan Kawalan 14.9 inci untuk membekalkan pelbagai kemudahan dengan tata atur yang kemas. 

Antara ciri lain ialah terdapat BMW Head-Up Display yang menjamin garis pandangan yang optimum bagi pemandu, sekali gus memudahkan lagi penggunaan kenderaan ini. 

Bersama BMW Intelligent Personal Assistant, Sistem Operasi BMW 8 yang disuai untuk model M menawarkan keupayaan kawalan yang intuitif ke atas fungsi-fungsi kenderaan menggunakan pertuturan kata yang semulajadi.


Di samping itu, BMW XM juga didatangkan dengan pelbagai fungsi dan perkhidmatan digital yang lain seperti BMW ID, yang membolehkan tetapan tersuai diaktifkan sebaik sahaja kenderaan tersebut dihidupkan, selain BMW Gesture Control, pula menggunakan isyarat tangan bagi pengoperasian sesuatu fungsi. 

Ciri-ciri kefungsian yang lain meliputi Connected Package Professional, Panggilan Kecemasan Pintar, Telekhidmat, Connected Drive Services dan Pengintegrasian Telefon Pintar (Apple CarPlay/ Android Auto).


Dengan Comfort Access, BMW XM juga mampu mengecam kuncinya dari jarak yang ditetapkan dan menyahkunci pintunya secara automatik.

Sebagai alternatif, pemandu boleh menggunakan peranti pintar (jika ia bersesuaian) sebagai kunci tanpa sentuh menerusi BMW Digital Key Plus.

Ia membolehkan pengguna menyahkunci pintu kenderaannketika anda menghampiri kenderaan ini..

Sekitar ruang kabinnya, ia menampilkan kemasan trim gentian karbon dan  ruang kabin SAV ini mengetengahkan BMW Curved Display dimanaia meliputi Paparan Informasi dan Paparan Kawalan beresolusi tinggi dengan ciri sentuh. 

Di samping itu, material kulit vintaj serba baharu dapat dilihat pada panel pintu, termasuk sekitar  panel instrumen .

Untuk keselesaan maksimum, terdapat fungsi ventilasi aktif pada bahagian tempat duduk selain kawalan penyaman udara automatik 4 zon dan ada juga fungsi mengurut untuk pemandu dan penumpang di hadapan. 

Bukan itu sahaja, pencahayaan ambien dan BMW Iconic Sounds Electric turut  membangkitkan lagi suasana ruang kabin, sementara elemen hiburan dalam kenderaan ini dibekalkan oleh sistem bunyi keliling Bowers & Wilkins Diamond.

Bagi ruang kabin di belakang, keselesaan tempat duduknya dilihat bertaraf kelas pertama berikuatn kerusi  belakang hadir dengan ciri lengkungan yang dirumus untuk mendakap penumpang. 

Sementara itu, upholsteri kenderaan ini yang bersofistikasi tinggi pula menyuntik suasana ala “lounge” yang serba eksklusif. 

Apa yang cukup menarik,  material bumbung Alcantara dengan struktur 3D prismatiknya membuat kenderaan ini tampak lebih luas, ia mempamerkan mutu kerja dan keselesaan bertaraf tinggi.

Ciri-ciri keselamatan.

Jentera ini sebenarnya sarat dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Bantuan Pemanduan Profesional yang merangkumi fungsi-fungsi seperti Bantuan Kawalan Lorong dan Steering, Bantuan Had Kelajuan Automatik, Bantuan Tukar Lorong, Kawalan Jelajah Aktif dan Amaran Keluar Lorong, Amaran Lintasan di Belakang , Bantuan Henti Kecemasan 

Sementara itu, bantuan Parkir pula merangkumi Bantuan Undur, Bantuan Tempat Letak sisi, Perlindungan Akustik untuk Pejalan Kaki dan Perlindungan Aktif .

Jika anda berminat untuk membeli jentera ini, ia didatangkan dengan beberapa pilihan warna: Cape York Green,Carbon Black, Marina Bay Blue, Toronto Red, Mineral White, Black Sapphire dan Dravit Grey. 

Mengenai harganya, ia dijual pada harga RM1,398,800 dengan Pakej Waranti Lanjutan & Perkhidmatan disertakan (kedua-duanya tidak termasuk kos insurans).

Untuk keterangan lanjut, layari  https://www.bmw.com.my/en/all-models/m-series/xm/2022/bmw-xm-overview.html.


Gallery

Tag:

BMW Malaysia
BMW XM Price Announcement
BMW XM 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024
Berita Auto

20-11-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.

09-01-2026
Kereta Baru

Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.

08-01-2026
Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025