- Berita
- EV
- EV9 - Tiga Baris Tempat Duduk, Model Paling Besar?

Selepas ditayangkan secara global, Kia sekali lagi menayangkan model kenderaan elektriknya Kia EV9 pada tayangan perdana dunia.
Tidak seperti pelancaran sebelum ini, di mana pembuat kereta itu hanya mendedahkan aspek reka bentuk kereta, namun kali ini Kia mendedahkan spesifikasi untuk SUV elektrik 3- baris tempat duduk yang pertama.
Dikhabarkan, Kia EV9 akan didatangkan dengan tiga varian: Standard RWD, Long Range RWD, dan All-Wheel Drive (AWD).
Spesifikasi standard dilengkapi dengan pek bateri 76.1-kWj, manakala varian yang lebih tinggi pula hadir dengan pek bateri lebih besar iaitu 99.8-kWj.

Dari segi kuasa, varian RWD Standard dikuasakan oleh motor tunggal yang dipasang di belakang, dimana ia menghasilkan kuasa setinggi 215 hp (160 kW) dan 350 NM.
Ini membuatkannya ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 8.2 saat.
Sementara itu, model RWD pula dilengkapi dengan motor tunggal yang dinyahtala membuatkan varian ini pula mampu menghamburkan kuasa setakat 201 hp (150 kW) dan 350 Nm.

Model RWD pula boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 9.4 saat.

Selain itu, model AWD pula menawarkan tetapan dua motor menyebabkan ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 378hp dan tork 600 Nm dan mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam enam saat.
Selain itu, Kia juga kini memperkenalkan skim "pay to play" untuk model AWD, di mana pembeli boleh melanggan ciri "boost" melalui Kia Connect Store.

Langganan ini memberikan peningkatan kuasa tambahan EV9 kepada puncak tork motor hadapan model AWD.
Ini bermakna ia meningkatkan jumlah keluaran torknya kepada 700 Nm.
Pelan langganan "power boost" ini dikatakan boleh didapati dalam pembelian sekali sahaja dan langganan bulanan, dengan harganya berubah-ubah bergantung pada pasaran serantau.


Aplikasi Kia Connect Store juga dilengkapi dengan ciri tambahan lain untuk EV9, termasuk perkhidmatan kemas kini perisian over-the-air (OTA), serta ciri 'Grille Pencahayaan Corak Digital' EV9.
Kia juga mendedahkan bahawa EV9 akan menerima varian GT Line "pada masa hadapan".

Selain daripada pelbagai peningkatan visual, EV9 GT Line juga akan menjadi model pertama yang didatangkan dengan ciri swapandu Tahap 3 (SAE Level 3) Highway Driving Pilot (HDP).
Sistem itu dikatakan mampu mengesan objek 360 darjah bagi menghalang kemungkinan pelanggaran terjadi, dimana ia dibantu dengan 15 unit penderia termasuk dua LIDAR.

Kia EV9 serba baharu ini akan membuat penampilan pertamanya secara terbuka pada Seoul Mobility Show 2023 yang diadakan pada bulan ini.
Pra tempahan akan dibuka pada suku kedua tahun ini untuk pasaran Korea Selatan.
Buat masa ini, Kia masih mendedahkan harga jentera ini namun harganya mungkin mahal daripada EV6.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/