Link Copiedcheck_circle
Global

Honda City Facelift 2023 Didedahkan Di India, Katanya Spec Mungkin Sama Dengan Model Yang Akan Dilancar Di Malaysia Nanti

Suhana Veru

Kongsi melalui


Honda City facelift 2023  yang menerima beberapa penambahbaikan akhirnya didedahkan di India pada minggu lepas.

Buat pasaran India, Honda menambah varian baharu SV sebagai varian standard, yang diikuti dengan varian V, VX dan ZX.

Bagi pilihan rangkaian kuasa, enjin 1.5 liter petrol masih ditawarkan namun 1.5 liter turbodiesel i-DTEC sudah tiada tetapi ia digantikan dengan unit rangkaian kuasa hibrid.

Apapun untuk jentera ini, ia dipadankan dengan enjin 1.5 liter i-VTEC DOHC yang menghasilkan 119 hp dan tork 145 Nm.


Untuk makluman, versi facelift ini menerima sedikit perubahan dari bahagian luaran dimana   jeriji krom pada bahagian atas bumper kini lebih nipis dan jeriji sarangnya kelihatan agak besar.



Sementara itu, jeriji pada bahagian bawah bampar juga akan besar dan bersambung terus pada perumah lampu kabus.

Begitupun, rekaan lampu hadapan masih tetap sama.


Menjengah bahagian belakangnya, terdapat diffuser dan reflektor yang kini direka melintang pada difuser serta tambahan lip spoiler pada bonet.

Sementara itu, bahagian dalamannya pula, susun aturnya kelihatan cukup kemas memandangkan ia ditawarkan dengan warna kuning air dan hitam. 


Mengenai infotainmennya, Honda City 2023 dipadankan dengan  paparan meter TFT 7 inci dan skrin infotainmen bersaiz 8 inci.


Ia juga didatangkan dengan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, pengelap cermin automatik dengan penderia, sistem pendingin hawa automatik dengan liang kabin belakang dan penuras kabin PM2.5, bumbung suria elektrik, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, pelindung cahaya matahari untuk cermin belakang manual serta pemantau tekanan angin tayar.


Ciri Keselamatan:

Honda City facelift ini hadir dengan enam beg-udara, dengan varian-varian lebih tinggi menerima sistem pemantau titik buta Honda LaneWatch, serta pakej bantuan pemanduan Honda Sensing.


Menerusi Honda Sensing, ia terdiri daripada  sistem seperti brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, lampu tinggi automatik, serta dua fungsi baharu iaitu kawalan jelajah adaptif dengan low-speed follow dan amaran pergerakan kenderaan hadapan

Ia ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu Radiant Red Metallic, Platinum White Pearl, Golden Brown Metallic, Meteoroid Grey Metallic dan Lunar Silver Metallic serta satu warna baharu Obsidian Blue Pearl.

Ia dijual pada harga bermula 1.149 juta (11.49 lakh) rupee (RM62,273) untuk varian paling asas petrol manual 1.5 SV, sehingga 2.039 juta (20.39 lakh) rupee (RM110,486) bagi model tertinggi hibrid ZX.

Di sebalik tayangan ini, adakah Malaysia akan menerima spesifikasi yang serupa dengan Honda City Facelift 2023 di India?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Tag:

Honda
Honda City
Honda Sensing
Honda City India
HONDA CITY FACELIFT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

31-12-2025
Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan

Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.

21-05-2025
Berita Auto

Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion

19-05-2025
Global

GAC Honda P7 Diperkenalkan Di China – Dari RM130K

Syarikat usaha sama automotif China, GAC Honda secara rasmi telah melancarkan SUV elektrik terbarunya, P7, untuk pasaran China dengan harga bermula dari RM130,400.

17-04-2025

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026