Link Copiedcheck_circle
Global

Honda Civic Type-R FL5 2023 Dipertontonkan Di Thailand, Harga Lebih Separuh Juta!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) edisi yang ke-44 tahun ini menyaksikan banyak pengeluar kenderaan memenuhi Pusat Konvensyen IMPACT di Muang Thong Thani untuk mempamerkan pelbagai model terbaharu keluaran syarikat. 


Seperti yang dijangkakan, sepanjang pameran auto berprestij ini berlangsung, pelbagai model prestasi dipertontonkan kepada pengunjung. Sesetengah daripadanya akan memasuki pasaran Thailand tidak lama lagi atau bakal dilancarkan pada masa akan datang. 




Salah satu model yang menjadi tumpuan ialah model serba baharu, Honda Civic Type-R FL5, yang akan dilancarkan di negara tersebut secara rasmi tidak lama lagi. Model Type-R itu dikeluarkan dalam unit terhad dengan tempahan yang kini sudah boleh mula dibuat melalui laman web rasmi Honda Thailand. 




Type-R generasi FL5 mengekalkan banyak bahagian yang sama dengan model terdahulu, Civic Type-R FK8, ini termasuk enjin VTEC berpengecas turbo KC20C1 4 silinder 2.0L dengan output terkini 325 hp/420 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui transmisi manual enam kelajuan. 




Salah satu faktor yang menjadikan FL5 lebih baik berbanding model sebelum ini ialah penggunaan flywheel dengan bukaan yang lebih besar pada radiator hadapan yang meningkatkan kadar penyejukan kereta, selain sistem padanan kelajuan atau rev-match yang telah diperbaharui untuk penukaran gear yang lebih tepat dan lancar. 




Secara visual, Type-R baharu kelihatan lebih matang berbanding model FK8 yang tampil agresif. Diinspirasikan daripada hatch Civic generasi ke-11, Type-R FL5 menggunakan bahasa rekaan yang lebih menjurus ke arah bentuk segi empat tepat, tidak terlalu ‘padat’ dengan elemen aero untuk memberikannya bentuk yang lebih ‘bersih’ dan moden. 




Bergerak ke bahagian dalam kabinnya, Type-R FL5 ternyata lebih moden dan mewah. Pelbagai teknologi diambil daripada model Civic versi standard. Sepertimana model Type-R yang lain, FL5 menggunakan tempat duduk dan papan pemuka dengan upholsteri merah, serta tombol gear aluminium.




Honda Thailand mengumumkan, harga jualan bagi  Honda Civic Type-R FL5 2023 ialah THB 3.990 juta (RM518,740), meletakkannya sebaris dengan Toyota GR Corolla  yang dijual pada harga THB 3.949 juta (RM513,278).




Buat masa ini, Thailand ialah pasaran kedua di rantau ASEAN selepas Vietnam yang telah melancarkan Civic Type-R baharu secara rasmi.


Bagaimana Dengan Pasaran Malaysia?


Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa Honda Malaysia bakal melancarkan tiga model serba baharu tahun ini, dengan dua daripadanya ialah SUV WR-V dan CR-V. 


Baca: Sah! Honda Malaysia Bakal Lancar 3 Model Baharu, 1 Facelift Termasuk SUV Kecil Pertamanya Tahun 2023




Tidak banyak yang didedahkan mengenai model ketiga, namun ‘tanda-tanda’ menunjukkan ia berkemungkinan besar adalah sebuah model Type-R. Pesaingnya dalam segmen sama, GR Corolla, telah pun dilancarkan di Malaysia, kehadiran Type-R dapat memeriahkan lagi pasaran model prestasi negara ini. 


Baca: Toyota GR Corolla, Toyota GR Supra Manual, GR 86 Kini Rasmi Di M'sia!








Tag:

Honda Civic
Honda
Civic Type R
Honda Civic Type R
2023 Honda Civic Type R
Honda Thailand
BIMS 2023
Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS)
BIMS
model prestasi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Jualan Civic Type R FL5 Dihentikan Di Eropah Bermula Tahun Depan

Honda Jepun sudah membuat keputusan untuk tidak menjual model hatchback Honda Civic Type R generasi FL5 bermula tahun depan.

09-06-2025
Kereta Baru
Kereta Baru

Tempahan Honda Civic 2025 Dibuka, Ada 2 Varian

Honda Malaysia baru sahaja membuka tempahan Honda Civic 2025 namun akan dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.

12-12-2024
Berita Auto

Honda Civic Type R Kini Dijual Dengan Rebat RM80,000! Satu Tamparan Kepada Pembeli Sebelum Ini

Honda Malaysia telah melancarkan kempen potongan harga luar biasa "Unwrap Big Savings" untuk pelbagai model menjelang akhir tahun.

01-10-2024
Berita Auto

Honda Civic Facelift Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Honda Civic generasi ke-11 versi facelift akhirnya membuat kemunculan di rantau ASEAN, dengan Thailand menjadi pasaran pertama. Ini spesifikasinya...

02-08-2024
Berita Auto

Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan

Honda menyerahkan Honda Civic ke-170,000 dan Honda HR-V ke-150,000 dalam satu acara yang diadakan baru-baru ini.

26-07-2024
Berita Auto

Tragis! Kemalangan Maut Di JB

Tiga terbunuh termasuk seorang wanita warga emas dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Permas Jaya, Johor, malam tadi.

06-03-2024
Berita Auto

Polis Pun Guna Honda!

PDRM cawangan MPV Kajang mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima lima buah Honda Civic FE, baru-baru ini.

13-02-2024

Berita Terkini

Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025