- Berita
- Global
- Honda HR-V Yang Dilancar Di China - Sangat Berbeza Dengan HR- V Kita?
Honda HR-V Yang Dilancar Di China - Sangat Berbeza Dengan HR- V Kita?
Sebagai jenama yang popular, maka tidak hairanlah mengapa Honda terus menawarkan HR-V sehingga merentasi kebanyakan pasaran di seluruh dunia.
Terbaharu, Honda dengan kerjasama Dongfeng Honda melancarkan sebuah lagi HR-V 2023 di China baru-baru ini.
Model ini tidak sama dengan model HR-V yang mungkin anda tahu memandangkan versi terbaharu ini sememangnya sangat berbeza.
Saiz model ini dikatakan hampir sama dengan Toyota Corolla Cross.
Berbanding dengan GAC ZR-V, model HR-V Dongfeng ini dikatakan lebih panjang (4,569 mm vs 4,330 mm), lebar (1,840 mm vs 1,790 mm), dan ukuran ketinggian pula (1,621 mm vs 1,590 mm).
Model ini juga menawarkan jarak roda yang lebih panjang iaitu 2,655 mm berbanding GAC ZR-V (2,610 mm).
Selain itu, reka bentuknya juga berbeza dengan ZR-V kerana HR-V ini dilengkapi ddengan rekaan lampu hadapan dan belakang yang menampilkan jalur LED melintang pada kiri dan kanan logo H.
Malah, Honda HR-V 2023 ini juga menampilkan jeriji yang berbeza selain terdapat kemasan hitam pada sesetengah tempat dan tip ekzos berkembar dengan reka bentuk trapezoid.
Setakat ini, tiada sebarang imej mengenai bahagian dalamannya didedahkan tetapi kami boleh menjangkakan Dongfeng HR-V baharu ini akan menampilkan kabin yang mencerminkan GAC ZR-V, walaupun dengan sedikit perbezaan dalam motif warna kemasan dan kabin.
Sementara itu, menurut akhbar media tempatan China, ia menggunakan rangkaian trenkuasa 1.5 liter 4-silinder dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi d 180 hp dan bakal menampilkan pilihan enjin hibrid.
Sekadar info, jika anda tidak biasa dengan peraturan di China, lazimnya pengeluar kereta asing dikehendaki membentuk dua usaha sama dengan syarikat tempatan sebelum dibenarkan mengeluarkan dan menjual kenderaan di republik tersebut.
Ini sebenarnya menjelaskan mengapa kita sering melihat variasi model yang berbeza daripada pembuat kereta utama seperti Honda, Toyota dan Volkswagen sekali gus membuatkan ini adalah salah kejanggalan dalam pasaran kereta terbesar di dunia pada masa ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari