Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kali Pertama Tokyo Auto Salon Diadakan Di M'sia, Jangan Tak Singgah!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Buat julung kalinya, Tokyo Auto Jepun akan diadakan di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur bermula 9 hingga 11 Jun ini.

Pameran ini yang akan berlangsung dalam ruang tertutup seluas 130,000 kaki persegi  melibatkan penala-penala dari Jepun termasuk Top Secret, RE Amemiya, Spoon, HKS, Greddy dan lain-lain.

Pameran ini akan dianjurkan oleh MUSE Group Asia dan Element X Strategies, dengan kerjasama San Ei Corporation sebagai pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon.

Ketua Pegawai Eksekutif MUSE Group Asia Riduwan Matni berkata, pihaknya sudah menyimpan hasrat untuk membawa pameran berprestij itu  ke Malaysia selepas mengadakan pameran Tokyo Auto Salon yang pertama di Singapura pada tahun 2013.


Riduwan (kiri) bersama Fukui (tengah) pada sidang akhbar.

"Selepas perancangan selama tiga tahun, akhirnya impian kami tercapai apabila pameran itu akan diadakan dalam beberapa bulan sahaja lagi," katanya.

Pada mulanya, pameran ini bermula untuk meraikan paparan inovatif dan kreatif bagi kereta-kereta keluaran Jepun namun ia telah berkembang untuk merangkumi semua jenama dan jenis kenderaan. 


Pertunjukan ini juga diiktiraf sebagai platform berprestij oleh pengeluar-pengeluar kenderaan serta syarikat-syarikat aksesori dan alat-alat ganti berprestasi tinggi yang menganggapnya sebagai landasan terbaik untuk mempamerkan tawaran-tawaran terkini dan hasil mereka yang paling inovatif.

Bukan itu sahaja, Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur menawarkan peluang menarik bagi pemain-pemain automotif besar dan kecil di Malaysia dan rantau ASEAN untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan terbaharu mereka dengan saiz gerai yang berbeza untuk disewa.


Sementara itu, Ketua Pengarah Persekutuan Tokyo Auto Salon Encik Junichi Fukui berkata keputusan untuk membawa Tokyo Auto Salon ke luar Jepun adalah bertujuan untuk mendapatkan pendedahan yang lebih meluas untuk ahli-ahlinya dan bagi meneroka pasaran-pasaran baharu.

“Pameran di Kuala Lumpur juga akan mengetengahkan satu persembahan yang lebih bertaraf antarabangsa dengan paparan kenderaan-kenderaan tempatan yang telah diubah suai.

"Ia juga bakal menampilkan aksesori, barangan automotif berprestasi tinggi dan pelbagai perkhidmatan dari Malaysia dan rantau ASEAN. Pameran ini adalah untuk mewujudkan platform yang berdaya maju untuk ahli-ahli kami serta bakal-bakal pengeluar serantau untuk terlibat dan berkerjasama dalam perniagaan,” katanya.


Bagi yang berminat, tiket untuk ke Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur sudah mula dijual secara atas talian menerusi laman sesawang rasminya di https://tokyoautosalonkl.com/.

Untuk makluman, harga tiket dikenakan sebanyak  RM60 untuk dewasa manakala  RM28 sehari (kanak-kanak).

Namun untuk pembeli-pembeli awal (dari 18 hingga 30 Mac) diberikan diskaun sebanyak 30% iaitu RM40 sehari untuk dewasa dan RM18 sehari untuk kanak-kanak.

Gallery

Tag:

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jom Saksi Modifikasi Kereta Kreatif & Radikal Di Tokyo Auto Salon KL

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur yang pertama kalinya diadakan di negara ini telah membuka tirainya secara rasmi.

10-06-2023
Berita Auto

Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 Diskaun 10%! Ini Dia Maklumat Terperinci Acara Permotoran Terbesar Dunia...

Bayaran kemasukan kini ditawarkan pada harga lebih rendah dengan diskaun sebanyak 10%!

16-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Servis Teksi Air Di Pulau Pinang, Rupanya Tidak Dapat Dilaksanakan, Ada Sebabnya!

Cadangan memperkenalkan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang belum dapat direalisasikan kerana aspek teknikal dan keselamatan yang perlu diselesaikan.

13-01-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

Wanita Tular Gara-Gara Minta Pendapat Netizen Tunang Minta Buat Loan Untuk Beli Honda FL5 TYPE R

Seorang wanita yang bekerja di Singapura tular di media sosial apabila dia meminta pendapat orang ramai berhubung tunangnya meminta dia belikan Honda FL5 Type R.

13-01-2026
Berita Auto

Video Tular: Detik Pemandu Aruz Rempuh TembokTol

Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dia pandu terbabas lalu melanggar tembok Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan di Kepala Batas, Seberang Perai, malam tadi.

12-01-2026
Berita Auto

ROI Mitsubishi Xforce Sudah Dibuka, Jika Minat Sangat Boleh Tempah Pada Feb Nanti

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan membuka tempahan untuk Mitsubishi Xforce bermula awal Februari ini.

12-01-2026
Berita Auto

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026