Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kia Sorento 2023, Ada 3 Varian, 2 Pilihan Enjin

Suhana Veru

Kongsi melalui


Anak syarikat Bermaz Auto Alliance, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd melancarkan Kia Sorento 2023 versi pemasangan tempatan (CKD) pada minggu lepas.

SUV tiga barisan tempat duduk ini didatangkan dengan tiga pilihan varian dan dijual bermula dari harga RM211,498.

Ia dikuasakan dengan enjin  2.5L ‘Smartstream’ dimana ia mampu menghamburkan setakat 177 hp, tork232 Nm) manakala enjin 2.2L ‘Smartstream’ diesel pula (199 hp /440 Nm).


Bagi enjin petrol ia dilengkapi dengan transmisi automatik 6 kelajuan, manakala varian dengan enjin diesel pula menerima transmisi 8 kelajuan double-clutch transmission (8DCT) baharu.

Sementara itu, varian 2.2L diesel ‘Smartstream’ AWD serba baharu juga menampilkan ‘Terrain Mode’ yang meningkatkan daya tarikan, kestabilan dan kawalan pada lumpur, salji dan pasir.

Model ini juga hadir dengan dua  jenis susunan tempat duduk mengikut varian, bermula dengan varian 2.5L 2WD 7-seater, varian 2.5L AWD 6-seater dan varian 2.2L Diesel AWD 6-seater.

Luaran:


Model kali ini kelihatan agak besar memandangkan ukuran dimensinya kini sepanjang 4,810 meter, 1,900 mm lebar, 1,700 mm tinggi dan 2,815 mm jarak roda.

Melihat kepada lampu hadapannya, ia dilengkapi dengan lampu hadapan yang lebih tajam manakala grilnya pula kelihatan seolah-olah muncung hidung harimau.

Beralih ke arah belakang, lampu belakang jenis dilihat  menegak dan terpisah.


Dalaman:

Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.25 inci yang disambung bersebelahan dengan skrin kluster instrumen bersaiz 12.3 inci.


Malah, sistem infotainmennya juga dilengkapi dengan fungsi Apple Carplay dan Android Auto serta sambungan Bluetooth.

Antara kelengkapan lain pengecas telefon pintar tanpa wayar terletak di bahagian bawah konsol tengah dan terdapat juga sistem bunyi sekeliling BOSE®.


Ciri-ciri keselamatan:

Bagi semua varian, ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) termasuk 6 beg udara SRS (Pemandu & Penumpang Depan, Sisi dan Langsir), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD),  Amaran Titik Buta dan Bantuan Brek (BA).

Terdapat juga Bantuan Elak Perlanggaran Trafik Melintas Belakang (RCCA), Bantuan Mengelak-Perlanggaran Titik Buta (BCA),  Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan Kawalan Brek Pelbagai-pelanggaran Kawalan Bantuan Mula-Bukit (HAC).


Difahamkan bagi varian 2.5L AWD 6-seater dan varian 2.2L Diesel AWD 6-seater pula, ia akan didatangkan dengan Bantuan Suluh Tinggi  (HBA), Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW), BCA dan Sistem Pemantauan Titik Buta (BVM).

Terdapat juga Bantuan Mengikut Lorong (LFA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA) dan Amaran Tumpuan Pemandu (DAW).

Sorento ini ditawarkan dengan 5 pilihan warna iaitu Astra Blue, Meteor Grey, Snowflake White Pearl, Sonic Silver dan Jet Black.


Kia Sorento 2023 akan ditawarkan bermula dari RM211,498 untuk varian 2.5L 2WD 7-seater, RM235,498 untuk varian 2.5L AWD 6-seater dan RM255.228 untuk varian tertingginya iaitu 2.2L Diesel AWD 6-seater.

Harga yang ditawarkan itu juga termasuk dengan Waranti Pengeluar 5 Tahun bersama tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan 100,000km, yang mana terdahulu.

Ia juga didatangkan dengan Penyelenggaraan Berjadual Percuma 5 Tahun, dengan tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan 100,000km, yang mana terdahulu.


Gallery

Tag:

CKD
Kia
2023 Kia Sorento
DInamikjaya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Berita Auto

Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?

Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.

29-12-2025
Berita Auto

Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026

Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.

27-12-2025
Berita Auto

Staria CKD Sudah Mula Dijual, Harga Serendah RM179,888.

Hyundai Motor Malaysia (HMY) mendedahkan pihaknya telah memulakan pemasangan tempatan (CKD) model MPV Staria dimana ia dijual bermula daripada RM179,888.

17-10-2025
Berita Auto

Pemasangan CKD: Jetour Dashing VT9 Dipasang Di Johor

Jetour Auto Malaysia secara rasminya telah memulakan operasi pemasangan tempatan untuk model SUV, JETOUR Dashing dan VT9.

28-07-2025
Berita Auto

Pembeli Tangguh Beli Kereta Sebab Nak Tunggu Diskaun Harga Kereta?

Sesetengah pembeli sanggup menangguhkan pembelian kereta semata-mata mahu menunggu potongan harga daripada pengeluar bukan nasional.

22-07-2025
Berita Auto

WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini

WTCA mengesahkan bahawa pihak mereka telah memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model GAC Emkoo .

25-06-2025
Kereta Baru

Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800

BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.

25-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026