Link Copiedcheck_circle
Global

Lamborghini Bakal Pertontonkan LB744 29 Mac Ini – 7 Mod Pemanduan & Capai 1,000 HP!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Sebelum ini dilaporkan Lamborghini telah menghentikan pengeluaran Aventador dan akan digantikan oleh sebuah model V12 baharu yang bakal dipertontonkan buat pertama kalinya pada 29 Mac ini. 


Seperti biasa, sebelum pendedahan rasmi dibuat, keterujaan peminat kereta sport mewah dibangkitkan dengan pendedahan beberapa spesifikasi menarik yang ditawarkan.




Dalam pendedahan yang terkini, syarikat daripada Itali itu menunjukkan casis monocoque (unibody/kerangka tunggal) dari gentian karbon yang digunakan pada model berkod  LB744 ini. Turut didedahkan, beberapa teknologi dan mod pemanduan yang ditawarkan. 




Casis LB744 jenis  monocoque gentian karbon yang digunakan adalah sama seperti yang terdapat pada badan kereta Formula 1 (F1) – menjadikannya ‘kereta super sport’ pertama dengan struktur hadapan diperbuat sepenuhnya daripada gentian karbon. Penggunaan material ini bukan hanya membuatkan badannya lebih ringan tetapi juga kukuh dan selamat, kerana ia mampu menyerap impak dua kali lebih tinggi berbanding struktur yang diperbuat daripada besi. 




Selain gentian karbon, struktur LB744 juga terdiri daripada aloi aluminium berketahanan tinggi pada bahagian belakang atau pada ruang simpanan enjin. Dua casting berongga untuk bar hentakan dan suspensi trenkuasa digabungkan sebagai satu komponen tunggal bagi mengurangkan berat kenderaan, titik kimpalan dan meningkatkan ketegaran kerangka.  




‘Diet berat badan’ yang berjaya dilakukan jurutera Lamborghini kepada model baharu ini penting untuk memberi ruang kepada komponen elektrik hibrid yang berat seperti tiga motor elektrik dan pek bateri. Model ini menggunakan enjin V12 aspirasi natural 6.5L yang baru dibangunkan dengan berat yang 17 kg lebih ringan berbanding versi sebelumnya. 




Gabungan kedua-dua enjin dan motor hibrid ini menyalurkan kereta kuasa setinggi 1,000 hp, menjadikan LB744 sebagai model andalan Lamborghini pertama yang melepasi kuasa 1,000 hp. 


Selain kerangka baharu, Lamborghini turut mendedahkan konfigurasi dan teknologi pemanduan yang ditawarkan pada LB744. Bukan tiga tetapi yang kita ketahui setakat ini, terdapat  tujuh mod pemanduan iaitu Strada, Sport, Corsa, Performance, Hybrid, Recharge dan City. 




Mod pemanduan City akan menyalurkan data kepada sistem kenderaan untuk menggunakan mod elektrik sepenuhnya bagi menggerakkan roda, ini mengehadkan output maksimum yang mampu dicapainya pada 180 hp. Dalam mod ini, berlaku kalibrasi automatik kepada sistem kawalan cengkaman, peredam dan transmisi 8-kelajuannya untuk memberikan keselesaan pemanduan dan juga tahap kecekapan yang maksimum. Terdapat juga mod Recharge yang mana enjin V12 akan menyalurkan kuasa kepada pek bateri 3.7 kWh untuk dicas dalam masa hanya enam minit. Pengguna juga boleh mengecas pek bateri kecil ini melalui  pembrekan regeneratif atau pengecasan secara plug-in biasa. 


Untuk merasai prestasi sebenar kereta, mod Corsa (litar) boleh diaktifkan. Pemandu juga boleh mematikan sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC) untuk pemanduan yang lebih agresif. Ciri fleksibel model ini tidak terhad kepada tujuh mod pemanduan, kerana secara keseluruhannya terdapat 13 konfigurasi berbeza yang boleh digunakan.




Lamborghini V12 generasi terbaharu ini bakal membuat penampilan global pertamanya pada 29 Mac ini bersempena ulang tahun ke-60 kilang pemasangan Lamborghini di Sant’Agata Bolognese, Itali. 










Tag:

Lamborghini Aventador
Lamborghini LB744
LB744 V12 Supercar
V12 Supercar
Kereta Sport
sport
PHEV
Plug-in Hybrid
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

24-03-2023
Global

03-08-2022
Global

07-06-2022
Berita Auto

Lamborghini Mahu Jadi Kereta Mesra Alam, Sanggup Belanja Berbilion Dollar!

Pengeluar kereta mewah dari Itali, Lamborghini mengumumkan pelaburan sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion) iaitu sebahagian daripada rancangannya untuk beralih kepada tenaga elektrik bagi keluaran supercar miliknya.

09-06-2021
Global

26-03-2023
Teknologi

08-03-2023
Teknologi

08-03-2023
Global

05-04-2023

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026