Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Trenkuasa Baharu, LB744 Mampu Hambur Kuasa Lebih 1,000 hp

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pengeluar supercar dari Itali, Automobili Lamborghini melancarkan trenkuasa baharunya untuk dipadankan pada model-model yang akan datang nanti.

Dikhabarkan, model pengganti ini akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung Mac ini.

Trenkuasa yang dikenali sebagai LB744 itu dikatakan akan digunakan pada pengganti model Aventador yang  ketika ini menggunakan enjin V12.

Supercar yang bakal menggunakan kod  LB744 dikatakan mampu menjana sehingga 1,000 kuasa kuda daripada trenkuasa plug in hybrid.

Ini bermakna,  menerusi penggunaannya,  ia akan membuatkan supercar itu antara paling berkuasa dihasilkan oleh Lamborghini bagi kegunaan jalan raya. 

Difahamkan, pengganti model Aventador akan digabungkan dengan  enjin V12  selain dipadankan dengan transmisi klac berkembar 8 kelajuan baru dan juga 3 motor elektrik.

LB744 baharu ditetapkan untuk menjadi model Lamborghini kedua yang menampilkan rangkaian kuasa elektrik selepas keluaran model terhad, hypercar Sian.

Bagaimanapun, tidak seperti sistem hibrid "supercapacitor" Sian, LB744 didatangkan dengan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV).


Sebaliknya enjin V12 yang dikenali sebagai L545 pula merupakan enjin V12 generasi ke 3, direka baharu. Enjin baharu ini hanya seberat 217.7 kilogram dan 7.7kg lebih ringan berbanding dengan enjin V12 generasi ke kedua.

Ia dikatakan menampilkan enjin 6.5 liter V12 yang mampu menghamburkan kuasa setinggi  814 hp dan tork 725 Nm serta  mampu memutar pada kelajuan 9,500 rpm.

Selain daripada separuh elektrifikasi, apa yang membezakan trenkuasa baharu ini daripada model yang digantikannya ialah enjin diputar sehingga 180 darjah, sekali gus meninggalkan ruang yang cukup di ruang enjin untuk meletakkan seluruh komponen trenkuasa hibrid.


Bercakap mengenai hibrid, komponen elektrik datang dalam bentuk tiga motor elektrik, dimana dua daripadanya dipasang di gandar hadapan dan satu lagi terletak di belakang. 

Untk info, setiap motor menghasilkan kuasa 148 hp. Walaupun  kedua-dua motor hadapan dapat menghasilkan tork sehingga 350 Nm namun motor belakang hanya mampu mengeluarkan daya kilas sekitar 150 Nm.


Secara keseluruhannya, jumlah keluaran untuk rangkaian kuasa V12 hibrid serba baharu ini adalah sehingga 1,001 hp, menjadikan LB744 sebagai Lamborghini yang pertama yang memecahkan kuasa setinggi 1,000 hp.

Buat masa ini, Lamborghini masih belum mendedahkan sebarang info mengenai rangkaian semua elektrik untuk PHEV baharu ini.


Hakikatnya, rangkaian kuasa elektrik ini menjanjikan untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 30 peratus berbanding Aventador Ultimae bukan hibrid.


Gallery

Tag:

Lamborghini Sian
Lamborghini Aventador
Automobii Lamborghini
LB744 V12 Supercar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Bagi Menghormati Warisan Seni Bina, Sian Kelilingi Portico di Bologna

Bagi Menghormati Warisan Seni Bina, Sian Kelilingi Portico di Bologna

UNESCO mengiktiraf Portico di Bologna sebagai tapak warisan baru-baru ini.

18-10-2021
Berita Auto
JPJ: Lamborghini Tidak Disita Tapi Hanya Saman Pemandu

JPJ: Lamborghini Tidak Disita Tapi Hanya Saman Pemandu

Guna kereta mewah bernilai RM2 juta tapi tiada lesen memandu!

10-04-2025
Berita Auto
Suspek Kini Diburu Polis, Lamborghini Aventador S Lesap!

Suspek Kini Diburu Polis, Lamborghini Aventador S Lesap!

Seorang ahli perniagaan akhirnya menyedari dia sebenarnya ditipu dalam urusan pembelian kereta Lamborghini Aventador S berharga RM2.4 juta.

05-03-2025
Global
Lamborghini Bakal Pertontonkan LB744 29 Mac Ini – 7 Mod Pemanduan & Capai 1,000 HP!

Lamborghini Bakal Pertontonkan LB744 29 Mac Ini – 7 Mod Pemanduan & Capai 1,000 HP!

Pendedahan beberapa spesifikasi menarik pengganti Aventador didedahkan.

27-03-2023
Global
Lamborghini Catat Keuntungan RM3.2 Bilion Tahun 2022, 56% Lebih Tinggi

Lamborghini Catat Keuntungan RM3.2 Bilion Tahun 2022, 56% Lebih Tinggi

Pengeluar kereta Itali, Lamborghini, telah mendedahkan laporan kewangan syarikat bagi tahun 2022.

24-03-2023
Berita Auto
Lamborghini Mahu Jadi Kereta Mesra Alam, Sanggup Belanja Berbilion Dollar!

Lamborghini Mahu Jadi Kereta Mesra Alam, Sanggup Belanja Berbilion Dollar!

Pengeluar kereta mewah dari Itali, Lamborghini mengumumkan pelaburan sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion) iaitu sebahagian daripada rancangannya untuk beralih kepada tenaga elektrik bagi keluaran supercar miliknya.

09-06-2021
Global
Lamborghini Bakal Pertontonkan LB744 29 Mac Ini – 7 Mod Pemanduan & Capai 1,000 HP!

Lamborghini Bakal Pertontonkan LB744 29 Mac Ini – 7 Mod Pemanduan & Capai 1,000 HP!

Pendedahan beberapa spesifikasi menarik pengganti Aventador didedahkan.

27-03-2023

Berita Terkini

Teknologi
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208

Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208

Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.

16-12-2025
Teknologi
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat

Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat

Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.

16-12-2025
Teknologi
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025
Teknologi
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.

26-11-2025
Teknologi
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
Teknologi
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang

Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang

XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).

18-08-2025
Teknologi
Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo

Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo

IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.

28-07-2025
Teknologi
BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan

BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan

BYD mengumumkan bahawa sistem bantuan pemanduan canggihnya (ADAS) God’s Eye, kini menyokong fungsi parkir autonomi tahap 4.

11-07-2025