Link Copiedcheck_circle
Global

SONATA Baharu: Garang, Tampak Lebih Agresif

Suhana Veru

Kongsi melalui


Hyundai Motor Company mendedahkan reka bentuk Sonata generasi kelapan yang didatangkan dengan lencana baharu sekali gus membuatkannya ia agak sporty dan cukup garang macam singa.

Nampaknya, Sonata baharu ini telah merevolusikan imej Sonata 2019 yang asal namun diilhamkan  semula sebagai model baharu yang hadir lebih dinamik dan inovatif.

Apa yang cukup menarik ialah penggayaan jentera ini lebih mengancam dan lebih  agresif  selain ia juga sarat dengan teknologi canggih.


Gaya coupe empat pintu ini dilihat hadir dengan rekabentuk revolusioner berdasarkan identiti rekabentuk baharu Hyundai, iaitu Sensuous Sportiness.


Dengan menggunakan reka bentuk luaran berdasarkan lencana N-Line ini, ia sebenarnya kelihatan lebih menyerlah apatah lagi ia kini hadir  dengan hud lebih panjang di bahagian hadapan selain  garis bumbung gaya fastback yang lebih rendah.

Jentera ini yang menekankan konsep sportiness membuatkan susun atur bahagian hadapan kelihatan lebih mendatar dan disepadukan dengan Lampu Horizon Seamless Hyundai yang ikonik.

Malah, penggunaan elemen lampu tersembunyi (Hidden Lighting) sudah pun menjadi satu kebiasaan pada kenderaan baharu Hyundai, begitu juga dengan Sonata ini.

Jika dilihat dengan lebih dekat, Sonata baharu ini disumbat dengan lampu nyalaan siang LED yang sangat tipis dimana ia merentangi sepenuhnya bahagian mukanya. Lampu utama pula disorokkan pada bahagian bampar hadapan.


Selain itu, grilnya yang lebih lebar dipadankan dengan liang udara yang lebih dinamik dan cukup agresif.

Beralih ke arah Lampu Horizon Seamless, lampu hadapan tersembunyi dikatakan mampu menghasilkan kesan pencahayaan yang cukup menyerlah sekali gus  menekankan imej  lebar kenderaan itu termasuk dengan sentuhan moden.

Apa yang pasti ,ia berjaya mengimbangi kontras antara ciri-ciri yang jelas, linear dan permukaan sekata  dalam menekankan reka bentuk dinamik.

Menjengah bahagian belakangnya,  nampaknya ia hadir dengan lampu logo H yang senget (bahagian belakang) manakala jalur LED merah bersambung dengan grafik LED pada lampu belakang utama yang kini berbentuk-T.


Bukan itu sahaja, model ini tampil dengan kemasan belakang  berbentuk muffler manakala varian N Line ditambah dengan spoiler ekor itik dan ekzos berkembar dan roda 19-inci.


Bahagian kabinnya pulq, ia menggabungkan elemen mobiliti masa depan dengan sentuhan berteknologi tinggi.

Untuk pengetahuan anda, Sonata buat julung kalinya menggunakan paparan panaromik selain kluster instrumen 12.3 inci, sistem infotainmen AVN 12.3 inci yang direka tanpa perumah serta melengkung bagi memberikan sudut pandang lebih baik kepada pemandunya.

Antara kelengkapan lain ialah unit kawalan iklim jenis sentuhan panel instrumen dimana ia membangkitkan suasana berteknologi tinggi.

Membelek bahagian dalamannya, apa yang pasti Sonata  baharu ini telah dinaik taraf dengan begitu ketara selain hadir dengan  kombinasi warna dalaman yang canggih .

Sonata yang bermotifkan konsep terapung sebenarnya menawarkan suasana yang lebih futuristik kepada pemandu dan penumpangnya. 

Ia masih menampilkan sistem shift-by-wire yang menyisihkan tombol gear konvensional. Dikhabarkan ia sudah tidak  menggunakan suis tekan yang diletak pada konsol terowong sebaliknya menggunakan panel kawalan pada kolum stereng.

Buat masa ini, ini sahaja maklumat yang didedahkan memandangkan Hyundai masih belum mengumumkan perincian yang lebih lanjut. 

Ini kerana  menurut Hyundai, Sonata serba baharu ini akan didedahkan secara rasmi pada  Seoul Mobility Show yang akan diadakan bermula 30 Mac ini 9 April nanti.

Gallery

Tag:

Hyundai Motors
SONATA
Hyundai sonata new
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Lebih 200 Unit Hyundai Staria 10 Tempat Duduk Terjual Dalam 1 Bulan!

Lebih 200 Unit Hyundai Staria 10 Tempat Duduk Terjual Dalam 1 Bulan!

Hyundai Staria 10 tempat duduk yang baru dilancarkan secara rasmi pada 5 Oktober lalu mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.

04-11-2022

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026