Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton, Perodua & Bermaz Serap SST Ribuan Kereta Tak Sempat Diserah Akhir Mac Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum tempoh akhir pendaftaran nombor pendaftaran kenderaan yang menerima insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) iaitu pada 31 Mac ini. Namun, masih ribuan pelanggan yang layak menerima insentif tersebut belum menerima kenderaan.


Berita Harian (BH) melaporkan, beberapa syarikat telah menyatakan komitmen untuk menyerap bayaran SST bagi pelanggan yang layak menerima kenderaan sebelum atau pada hujung bulan ini. Antara syarikat yang terlibat ialah Proton Holdings Bhd (PROTON), Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dan Bermaz Auto Bhd.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata, "Untuk semua pelanggan yang membuat tempahan sebelum 30 Jun 2022, PROTON akan membayar cukai SST jika pelanggan tidak menerima kenderaan akibat kelewatan yang disebabkan oleh kami sendiri," lapor BH.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah


Setakat Februari, PROTON memiliki lebih daripada 70,000 unit tempahan tertunggak dengan 23% daripadanya layak menerima pengecualian cukai tersebut. 


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, "Jika pelanggan sudah membuat tempahan bagi menikmati pengecualian cukai jualan, kami harus tanggung cukai jualan itu meskipun mereka terima kenderaan selepas 31 Mac. Kami akan pastikan kerana ia masalah kami yang tidak mampu menyerahkan kereta menjelang 31 Mac. Itu janji yang akan kami tunaikan.”



Perodua Axia 2023, varian AV


PERODUA pula memiliki 220,000 tempahan tertunggak setakat bulan Januari, namun bukan semua tempahan tersebut menerima insentif pengecualian SST. Tempahan ini akan didaftarkan selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun ini. 



Mazda CX-30 versi CKD semasa pelancarannya 8 Mac lalu


Bermaz Auto pula dilaporkan akan menyerap 50% daripada SST yang dikenakan untuk kenderaan berjenama Mazda sehingga penghujung Disember ini. Strategi sama sedang dipertimbangkan bagi jenama Kia dan Peugeot. 



Tag:

Perodua
Bermaz Auto Berhad
Mazda Malaysia
Mazda
Kia
cukai jualan dan perkhidmatan (SST)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026