Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 3S Mitsubishi Motors Kini Dibuka Di Kemaman, Terengganu

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors untuk pasaran Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini telah merasmikan pembukaan Pusat 3S Mitsubishi Motors baharu di Kemaman, Terengganu. 


Berkeluasan 5,000 kaki persegi, Pusat 3S ini  tampil dengan identiti yang lebih menyerlah serta penekanan kepada mesej global jenama tersebut,  ‘Drive Your Ambition.’ Cawangan terbaharu ini menawarkan suasana yang lebih selesa dengan ruang santai yang lengkap dengan WIFI dan sudut kanak-kanak. 


Cawangan keenam MMM di timur Malaysia ini merupakan sebuah pusat servis yang serba lengkap. Tiga ruang servis disediakan untuk menerima kedatangan kenderaan Mitsubishi. 




Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, “Okuan Motors telah bersama keluarga Mitsubishi Motors sejak 2015 dengan pusat 3S di Kuantan, Pahang. Sebagai pengedar yang komited untuk meningkatkan tahap [kualiti] pengalaman pelanggan, Okuan Motors meluaskan jejaknya ke Terengganu, membuka sebuah lagi pusat 3S yang menawarkan perkhidmatan jualan dan pasca jualan."


Berikut adalah maklumat mengenai cawangan Pusat 3S Mitsubishi Motors Kemaman:

  • Lokasi:  No. F-56-57-58-G, Jalan Raja Udang 2, Kemaman River Front, Biz Centre, 24000 Cukai, Terengganu

  • Waktu operasi: Sabtu - Rabu (8.45 pagi - 5.15 petang) | Khamis (8.45 pagi - 5.00 petang)




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026