Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rangkaian Stamping Baharu Kilang Proton Dilancarkan, Import Komponen Kurang Hingga 115K Unit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad semasa sesi lawatan kilang Proton di Tanjung Malim


Pengeluar kereta nasional, PROTON, telah melancarkan rangkaian stamping baharu di kilangnya di Tanjung Malim, Perak. 


Mesin dalam barisan baharu yang bernilai RM140 juta itu boleh menghasilkan 50 komponen unik dengan kuasa sehingga 2,500 tan, sekaligus dalam mengurangkan pengimportan komponen tahunan sebanyak 115,000 unit. 



Barisan VIP yang hadir semasa pelancaran rangkaian stamping baharu


Rangkaian stamping baharu ini dilengkapi  enam buah robot untuk memindahkan bahagian antara stesen kerja dan menggunakan teknologi IR 4.0 data masa nyata  dan proses pembelajaran mesin supaya kualiti bahagian yang dihasilkan dapat ditingkatkan. 


Timbalan Ketua Eksekutif Pegawai PROTON. Roslan Abdullah berkata, “Pelancaran rangkaian stamping baharu kami di Tanjung Malim adalah tambahan besar kepada keupayaan  pengeluaran kereta PROTON. Sebagai jenama automotif nasional, peningkatan penggunaan alat ganti sumber  tempatan dalam aktiviti pengeluaran kami adalah penting kepada ekosistem automotif negara dan membantu  mengurangkan aliran keluar dana dari negara. 




Tambahnya lagi, dengan bantuan  rangkaian stamping baharu ini, syarikat dapat membuat keputusan secara lebih fleksibel membabitkan jumlah pengeluaran bulanan, selain dapat mempercepatkan penghasilan model baharu di dalam negara.


Selain pelancaran fasiliti stamping baharu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani  Mohamad turut hadir mempengerusikan upacara line-off untuk  penambahan terbaru kepada rangkaian model Proton. SUV baharu yang akan dilancarkan secara rasmi dalam beberapa bulan akan datang itu dipasang di Tanjung Malim bersama model Proton yang lain iaitu X50 dan X70.


Awal tahun ini pernah dilaporkan bahawa Proton bakal mengeluarkan sebuah SUV dengan trenkuasa hibrid ringan, menjadikannya model pertama yang dijana oleh teknologi tersebut. 


“Upacara line-off menandakan permulaan aktiviti yang membawa kepada pengenalan rasmi model terbaru  PROTON. Selepas permulaan pengeluaran, kami akan mengadakan pratonton media dan sesi suai kenal  pelanggan sebelum melancarkan SUV baharu kami, yang juga akan menandakan produk NEV pertama kami. Ini  merupakan langkah penting dalam perjalanan NEV kami yang akan secara beransur memberi penekanan pada  teknologi hibrid sebelum kami melancarkan Proton EV yang pertama,” tambah Roslan Abdullah. 







Tag:

X50
Kilang Proton
Proton Tanjung Malim
Tanjung Malim
stamping
SUV Proton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Berita Auto

Tragedi Aidilfitri: Tayar Lori Pecah Punca 5 Nyawa Melayang!

Pemandu treler kontena ditahan untuk siasatan.

28-03-2025
Teknologi

Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?

Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.

12-02-2023
Berita Auto

Proton Bina Rangkaian Stamping Di Tanjung Malim

PROTON telah mengadakan majlis Pecah Tanah di Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.

26-07-2024
Berita Auto

Kualiti Kereta Proton Akan Bertambah Baik, Ini Yang Akan Dilakukan...

Kualiti kereta Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) berkemungkinan besar akan bertambah baik.

07-05-2024
Berita Auto

Ada Berita Baik Buat Warga Perak!

Cadangan membina lebuhraya Tanjung Malim - Lumut masih belum ada kelulusan.

17-04-2024
Berita Auto

Untung Siapa Duduk Tanjung Malim, Banyak Betul Pelaburan Masuk

Geely akan melabur AS$10 bilion (RM45.3 bilion) .

18-07-2023
EV

Geely Bakal Labur RM30 Bilion Untuk Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif Di Perak

Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) akan melaburkan sejumlah RM30 bilion dalam pembangunan dan pengkomersilan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

07-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Penerbangan MH21 Patah Balik, Ada Sebabnya!

Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 yang beroperasi dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) semalam berpatah balik ke CDG sejurus selepas berlepas.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Setiap Tahun Muncul Isu Tambang Van Sekolah Naik?

Sesi persekolahan tahun 2026 akan bermula dalam beberapa hari lagi, namun golongan ibu bapa sudah mula menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan tambang van sekolah di media sosial.

08-01-2026
Berita Auto

51 Kereta Musnah, Bengkel Kereta Terbakar

Sebanyak 51 buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kenderaan.

07-01-2026
Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

07-01-2026
Berita Auto

Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Seorang lelaki menjadi bahan bualan hangat di media sosial apabila dia menunjukkan surat saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam.

07-01-2026
Berita Auto

PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana

PRASARANA mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.

07-01-2026
Berita Auto

Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Imej teaser Mitsubishi Pajero disiarkan, baru-baru ini.

07-01-2026
Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026