Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Ia hadir dalam tiga varian iaitu:  1.5TD Executive  RM89,800,  1.5TD Premium - RM 101, 800 dan 1.5TD Flagship - RM113,300.

Bagaimanapun menerusi Gempak Deal, Proton menawarkan rebat tunai sebanyak RM4,000.

image.png

Bukan itu sahaja, 10,000 pelanggan terawal ditawarkan dengan harga yang berbeza daripada harga asal dimana 1.5TD Executive (RM85,800), 1.5TD Premium RM97,800 dan Flagship RM109,300. Untuk makluman, pendaftaran perlu dibuat sehingga 31 Oktober ini. image.pngimage.png

M109,300. Untuk makluman, pendaftaran perlu dibuat sehingga 31 Oktober ini.


image.pngimage.png


image.pngimage.png

Tawaran GEMPAK! Eksklusif menawarkan  pelbagai tawaran menarik lain, termasuk pilihan pembiayaan yang menarik dari rakankongsi kewangan yang terpilih dengan kadar faedah serendah 2.35% setahun (5 tahun) dan 2.38%  (7 tahun). Selain itu, PROTON juga menawarkan insentif tukar beli sehingga RM2,000 bagi memudahkan pelanggan beralih kepada model baharu ini.

Pelanggan yang memilih untuk mengambil insurans melalui PROTON Insurance Program yang dinaik taraf akan menikmati 3 manfaat tambahan eksklusif iaitu Perlindungan Kerosakan Khas (Special Perils), perlindungan kerusi kanak-kanak sehingga RM500, dan perlindungan kemalangan peribadi untuk penumpang sehingga RM15,000 seorang .

Terdapat juga  perlindungan sedia ada seperti perlindungan betterment sehingga 10 tahun, nilai dipersetujui sehingga 12 tahun, perlindungan untuk semua pemandu, gantian kunci sehingga RM1,000, bantuan banjir sehingga RM1,000, perlindungan kemalangan untuk pemegang

image.png

Dari segi dimensi, Proton X50 Facelift 2025 ini berukuran 4,330 mm (P),  1,800 mm (L)),   1,609 mm (t) mann,kala jarak roda pula  2,600 mm .

Menjengah bahagian luarannya, Proton X50 Facelift 2025 model Proton X50 Facelift 2025 kali ini kelihatan tampak berbeza kerana bagi pandangan penulis, rekaannya lebih berkotak.S

image.pngimage.png

Jika melihat bahagian hadapannya, ia menerima perubahan yang agak ketara kerana gril di atas yang agak nipis hadir dengan jalur merah manakala bampar bawah pula agak besar serta hadir dengan kemasan bucu berbentuk L.

Selain itu, ia kini hadir denga lampu depan jenis LED reflektor jenis nipis dimana tiada lagi jenis projector manakala spoiler belakang juga dilihat lebih sporty, empat saluran ekzos, skema warna dwi-tona, dan set rim  aloi bersaiz 18 inci (manakala varian Executive 18 inci). 

image.png

Kabin  kini tampil lebih ringkas dan moden, dengan papan pemuka minimalis serta penukaran tuil gear ke posisi tiang stereng, sekaligus memberi lebih ruang di konsol tengah. Turut diperkenalkan buat pertama kali dalam model Proton ialah sistem infotainmen bersaiz 14.6 inci  yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, serta kluster instrumen digital sepenuhnya bersaiz 8,88 inci.

Antara kelengkapan lain   julung kalinya, ia hadir dengan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu, ada lampu ambien 72 warna, hadir dengan aplikasi Proton Link 2.0, bumbung panaromik dan pengecas wayarles.

image.png

Proton X50 Facelift 2025 kini menerima enjin baharu iaitu enjin petrol turbo i-GT 1.5 TD 4-silinder baharu yang canggih dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan yang responsif.  

Untuk itu, model terbaharu ini mampu menjana kuasa (178 hp) 133 kW dan tork 290 Nm. Ini membolehkan ia mampu  memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 7.6 saat sekali gus  mengatasi PROTON X50 2025 sebanyak 0.3 saat. 

image.png

Sementara itu, kelajuan maksimumnya pula ialah 195 km/j.

Bagi yang berminat, Proton X50 Facelift 2025 hadir dalam  lima warna: Teal Bayou Green, Jet Grey, Snow White, Armour Silver dan Passion Red.

Gallery

Tag:

Proton X50
X50
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto
Proton X50 Serba Baharu Dilancarkan Di Brunei, 3 Varian

Proton X50 Serba Baharu Dilancarkan Di Brunei, 3 Varian

Proton International Corporation Sdn. Bhd. (PICSB) memperkenalkan Proton X50 Serba Baharu di Brunei , semalam.

16-01-2026
Berita Auto
Proton Umum Prestasi Jualan Luar Biasa Sepanjang 2025 – Saga Kekal 'Hero'

Proton Umum Prestasi Jualan Luar Biasa Sepanjang 2025 – Saga Kekal 'Hero'

Proton membuka tirai 2026 dengan khabar gembira setelah mengumumkan prestasi jualan luar biasa sepanjang tahun lalu.

04-01-2026
Pandu Uji
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Berita Auto
Hati-Hati Tukar Tayar Di Tepi Jalan: Terbaharu Seorang Wanita Maut Ketika Tukar Tayar Kereta

Hati-Hati Tukar Tayar Di Tepi Jalan: Terbaharu Seorang Wanita Maut Ketika Tukar Tayar Kereta

Seorang wanita berusia 31 tahuh maut selepas dilanggar lori ketika sedang menukar tayar kereta di Seremban, pagi tadi.

19-11-2025
Berita Auto
Pemilik Proton X50 Berpeluang Nikmati Tol Percuma Selama 3 Bulan, Hanya Perlu Sertai Kempen

Pemilik Proton X50 Berpeluang Nikmati Tol Percuma Selama 3 Bulan, Hanya Perlu Sertai Kempen

Pemilik Proton X50 berpeluang menikmati tol percuma bernilai sehingga RM500 selama tiga bulan dengan menyertai kempen baharu bertemakan “Roar Forward, Ride Freedom.

18-11-2025
Berita Auto
15,575 Kereta Proton Terjual Okt 2025, Proton Saga Paling Laku

15,575 Kereta Proton Terjual Okt 2025, Proton Saga Paling Laku

Jualan kereta jenama Proton sekali lagi melonjak apabila berjaya menjual sebanyak 15,575 unit pada bulan lepas manakala Proton Saga meraih jualan tertinggi dalam 12 tahun.

10-11-2025
Berita Auto
Lebih 5,000 Unit Proton X50 Facelift Sampai Ke Tangan Pelanggan Dalam 40 Hari

Lebih 5,000 Unit Proton X50 Facelift Sampai Ke Tangan Pelanggan Dalam 40 Hari

Sejak dilancarkan pada Julai tahun ini, Proton X50 2025 edisi terbaru telah mencuri perhatian rakyat Malaysia, dengan lebih 5,000 unit berjaya diserahkan dalam tempoh hanya 40 hari.

10-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026