Link Copiedcheck_circle
Global

SUV Terpantas Aston Martin, DBX707 Jadi Kereta Perubatan F1 2023

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Setelah beberapa musim kereta mewah keluaran syarikatnya digunakan sebagai Kereta Perubatan Rasmi FIA F1, untuk perlumbaan tahun ini, Aston Martin terus membekalkan kenderaannya untuk meneruskan misi menyelamat. Kali ini giliran SUV terbaharu, Aston Martin DBX707 untuk menjalankan tugas penting ini.



DBX707 yang digunakan pada musim ini menggunakan livery berwarna hijau sama seperti dahulu, dan dilengkapkan dengan beberapa ciri khas untuk menjalankan tugasnya sebagai Kereta Perubatan seperti pemadam api, beg perubatan, defibrilator, serta tempat duduk bucket yang menerima kelulusan FIA dengan tali pinggang keledar enam sudut. 

Pengguna Kereta Perubatan tersebut bukan sahaja dapat melihat komunikasi melalui Race Control tetapi juga data biometrik pemandu dan siaran TV secara langsung, kesemua ini penting untuk membolehkan penilaian awal kemalangan dilakukan.


Sememangnya ini model ini lebih jauh lebih baik dan berkuasa berbanding Kereta Perubatan yang digunakan dahulu – DBX707 mampu mencapai output setinggi 696 hp/900 Nm menggunakan enjin turbo berkembar V8 4.0L Mercedes-AMG. Ia boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 3.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 310 km/j.


Jika dibandingkan dengan Kereta Perubatan sebelum ini, ‘hanya’ memiliki output maksimum 542 hp /700 Nm yang membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 292 km/j. 

Jelas, DBX707 jauh lebih berkuasa dan ini disumbangkan oleh penggunaan casis, suspensi dan brek yang lebih baik. Bukan itu sahaja, elemen aerodinamik SUV terbaharu Aston Martin ini juga telah dipertingkat. 







Tag:

SUV
Aston Martin
Aston Martin DBX707
DBX707
DBX
Aston Martin DBX
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

05-02-2026
Kereta Baru

16-01-2026
Kereta Baru

31-12-2025
Kereta Baru

17-12-2025
EV

27-09-2025
Kereta Baru

24-06-2025
Kereta Baru

24-06-2025

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026