Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiada Tambahan Subsidi Bagi RON95, Diesel, Tetapi Ini Strategi Kerajaan Untuk Bantu Rakyat...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Had harga siling semasa minyak petrol RON95 dan diesel bersubsidi kekal di tahap sama buat masa ini.


Kenyataan tersebut dibuat Kementerian Kewangan (MoF) bagi menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) tentang perancangan penstrukturan semula subsidi minyak petrol.



Loji penapisan minyak 


“Bagi terus melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak mentah di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling petrol RON95 dan diesel bersubsidi sehingga kini, sungguhpun harga pasaran sebenar telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” tambah kementerian.


Dalam jawapan bertulis yang dikongsikan melalui portal Dewan Rakyat itu kementerian mendedahkan subsidi minyak tidak akan ditingkatkan untuk mengelakkan tanggungan beban subsidi yang lebih tinggi. 


Pemberian subsidi secara lebih bersasar untuk mengurangkan isu ketirisan


Bagaimanapun, kerajaan kini sedang meneroka langkah untuk menambah baik pemberian subsidi secara lebih bersasar untuk mengurangkan isu ketirisan serta mengimbangi tanggungan subsidi dengan keperluan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


Baca: Sekiranya T20 Tidak Menerima Subsidi Bahan Api, Kerajaan Jimat RM17 Bilion – Ahmad Maslan


“Dalam masa yang sama agar penjimatan subsidi dapat digunakan bagi mengoptimumkan perbelanjaan untuk program dan projek yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negara,” menurut MOF.


Sumber: Bernama

Tag:

Subsidi Malaysia
Harga minyak
minyak
petrol
Diesel
Dewan Rakyat
MoF Malaysia
Kerajaan Malaysia
kementerian kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kerajaan Tiada Pilihan, Penyasaran Subsidi Diesel Penting Untuk Selamatkan Negara – PM

Penyasaran subsidi diesel dilakukan demi menyelamatkan negara, dedah Perdana Menteri.

10-06-2024
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

07-01-2026
Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 27 Nov 2025

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 27 November hingga 3 Disember depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-11-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, RON97 & Diesel Lebih Mahal Bermula 20 Nov 2025

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 20 November hingga 26 November depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

19-11-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 6 November 2025

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 6 November hingga 12 November depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

05-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026