Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aplikasi MyJPJ: Semakin Ramai Yang Mula Muat Turun MyJPJ

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sejak MyJPJ dilancarkan pada Februari lalu, seramai 2.97 juta pengguna sudah memuat turun aplikasi itu.

Itu kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa JPJ Negeri Kelantan, semalam.

"Setakat ini, seramai 2.971 juta pengguna sudah mendaftar masuk dan kita harap menjelang pertengahan tahun ini jumlahnya semakin ramai bagi memudahkan urusan," katanya.


Malah, menerusi inisiatif pendigitalan berkenaan, pihaknya turut menggunakan alat Smart Management Enforcement Device’ (SMED) untuk mengesan maklumat lengkap pemandu.

“Bagi pemandu yang mempunyai masalah untuk mempamerkan lesen memandu dan cukai jalan digital, kita akan menggunakan alat SmED dengan membuat pendaftaran identiti (ID) mereka untuk mengakses lesen dan cukai jalan secara digital.

“Justeru saya menyeru kepada seluruh masyarakat untuk memuat naik aplikasi MyJPJ  bagi memudahkan urusan,” tambahnya.


Sekadar info,  myJPJ ialah satu aplikasi yang memaparkan maklumat cukai jalan dan lesen memandu.

Anda boleh memuat turun aplikasi MyJPJ menerusi Google Play Store, App Store atau Huawei App Gallery.

Bagi menggunakan aplikasi ini, anda perlu mendaftar akaun baharu dengan memasukkan nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mel.

Selepas itu, anda perlu memilih kata laluan. Tidak sampai lima minit, anda sudah boleh menggunakan aplikasi berkenaan.

Menerusi MyJPJ, anda boleh melihat semua info mengenai tarikh luput lesen memandu dan cukai jalan.


Gallery

Tag:

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tiada Lagi Istilah 'Nombor Habis' Di Kaunter JPJ Seluruh Negara

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara rasmi telah melaksanakan sistem pemberian nombor giliran tanpa had di semua pejabat dan cawangannya di seluruh Malaysia.

19-02-2026
Berita Auto

Motosikal Roda Tiga, Kenderaan Diubah Suai Haram Di Jalan Raya Tanpa Kelulusan JPJ

Orang ramai terutamanya petani di luar bandar diingatkan agar mendapatkan kelulusan sah daripada JPJ terlebih dahulu sebelum menggunakan kenderaan atau motosikal roda tiga yang telah diubah suai.

25-08-2025
Berita Auto

Maqasid Syariah Jadi Panduan JPJ Dalam Menangani Isu Jalan Raya

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan komitmennya untuk mempertingkatkan keselamatan jalan raya dengan berlandaskan prinsip maqasid syariah.

17-08-2025
Berita Auto

JPJ Gantung Lesen Pemandu Kenderaan Perdagangan Terlibat Kemalangan

Tiada lagi kompromi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini akan mengambil langkah tegas dengan menggantung lesen pemandu kenderaan perdagangan.

07-07-2025
Berita Auto

Portal mySIKAP, JPJ Ditutup 8 Jam Bermula Pukul 10 Malam Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa semua perkhidmatan atas talian mereka akan mengalami gangguan sementara.

04-07-2025
Berita Auto

Servis JPJ 'Mati Sementara' Mula Malam Ini, 20 Hingga 22 Jun

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatan berjadual di seluruh negara.

20-06-2025
Berita Auto

JPJ Bakal Satukan Modul Kursus Teori Motosikal & Motokar

Kementerian Pengangkutan bakal menyatukan modul Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi lesen motosikal dan motokar bermula 1 Ogos.

21-04-2025
Berita Auto

JPJ Bekukan Cuti 2,500 Anggota Sempena Ops Khas Raya 2025

Sempena Aidilfitri, cutis seramai 2,500 pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh Malaysia dibekukan.

20-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026