Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kereta mewah paling dinamik keluaran syarikat British, Bentley, Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah model terakhir yang menggunakan enjin ikonik W12. 


Diperkenalkan pertama kalinya pada tahun 2007, GT Speed generasi terkini masih mengekalkan tradisi kombinasi gaya mewah dan prestasi yang tinggi yang ditawarkan dalam pakej Grand Touring. 


Ahli Lembaga Kejuruteraan Bentley Motors, Dr. Matthias Rabe berkata, “Continental GT Speed baharu melambangkan kemuncak prestasi grand touring. Model baharu ini merupakan ekspresi terhebat nilai, keseronokan dan dinamik Continental GT dengan perincian Speed yang unik untuk meningkatkan pengalaman pemilikan yang memberikan pelanggan lebih kuasa untuk mengawal karakter kereta.”


Prestasi Continental GT Speed


GT Speed menggunakan enjin TSI W12 6.0L dengan output 659 PS (650 bhp), 4% lebih tinggi berbanding model W12 yang kini ditawarkan di pasaran. Sementara itu, output torknya pula mencecah 900 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi dwi-klac 8-kelajuan. Dengan enjin yang digunakan, ia boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 335 km/j. 




Kualiti pengendalian dan pemanduan Continental GT Speed dipertingkat dengan talaan enjin dan transmisi yang lebih baik. Prestasi sebenarnya dapat dirasakan semasa mod SPORT, enjin W12 yang digunakan telah ditala agar dapat mengekalkan momentum kuasanya dengan lebih lama semasa penukaran gear. Sekaligus memberikan respon yang lebih mengasyikkan semasa kereta menerima input gear. 


Reka Bentuk Continental GT Speed




Dari luar, Continental GT Speed kelihatan elegan. Pada bahagian hadapan terdapat gril radiator dan gril bampar rendah bertona gelap atau Dark Tint. Bergerak ke bahagian tepi, terletak logo Speed berwarna krom pada fender depan. Di sini juga kita dapat melihat penggunaan rim khas Speed bersaiz 22 inci dalam warna perak cerah (dengan pilihan warna gelap atau hitam berkilat). 


Kabin Continental GT Speed





Bergerak ke bahagian dalam, terserlah aura mewahnya, kepakaran Bentley dalam menghasilkan rekaan dalaman yang terasa gah tiada tolok bandingnya. Ruang kabin dihasilkan dengan penuh terperinci, menggabungkan bahan sentuhan kerja tangan Bentley serta kemasan eksklusif yang hanya ditawarkan untuk Speed. 



Menggunakan dua tona pada segenap ruang kabin, gabungan warna ruang dalaman yang mewah ini boleh dipilih mengikut citarasa berdasarkan 15 pilihan warna utama dan 11 pilihan warna kedua. Pengguna juga boleh memilih jenis kulit yang ingin digunakan selain Alcantara. Jahitan berbentuk berlian adalah ciri standard Speed. 


Pelbagai jenis veneer ditawarkan untuk GT Speed, namun veneer hitam berkilat atau Piano Black ditawarkan secara standard. Pelanggan juga boleh memilih veneer lain seperti Crown Cut Walnut, Dark Stained Burr Walnut dan Dark Fiddleback Eucalyptus tanpa caj tambahan. Turut ditawarkan ialah tiga pilihan rongga (Dark Burr Walnut, Crown Cut Walnut dan Koa). 


Harga Continental GT Speed




Bentley Continental GT Speed dijual pada harga yang bermula dari RM1,135,000, tidak termasuk duti, cukai, pendaftaran atau segala penambahan aksesori. Tempahan kini sudah mula dibuka. 




Gallery

Tag:

Continental GT
Bentley Continental GT Speed
Bentley
Bentley W12
Speed
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

25-07-2024
Global

30-05-2024
Global

17-05-2024
Kereta Baru

30-04-2024
Berita Auto

09-02-2024
Kereta Baru

14-03-2023
Global

26-01-2023
Global

14-08-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026