Link Copiedcheck_circle
Global

BMW X1, iX1 Dibawa Masuk Ke Auto Show Shanghai

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sekiranya anda tidak sedar, jenama utama Eropah dilihat lebih gemar membangunkan dan menjual versi model utama mereka khusus untuk pengguna di China. 

Ini berikutan terdapat permintaan luar biasa daripada pembeli di China yang dikatakan amat mementingkan ruang penumpang belakang dan keselesaan.

Untuk itu, BMW memenuhi permintaan mereka dengan menawarkan SUV crossover BMW X1 dan iX1.

Bagi membolehkan ia dilihat umum, BMW membawa masuk BMW X1 dan iX1 versi jarak roda lebih panjang (LWB) pada Auto Shanghai 2023 yang diadakan di Shanghai, China baru-baru ini.


Bagaimanapun, BMW juga tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kedua-dua crossover itu namun apa yang kami nampak ialah pintu belakang model itu agak panjang sedikit.

Selain itu, kedua-dua model itu juga mendapat bumbung kaca panoramik yang luas, serta tempat duduk belakang yang agak selesa manakala ruang kakinya juga agak luas.

“Dibuat di China untuk penduduk China,”  model ini berukuran 4,616 mm panjang dan mempunyai jarak roda sepanjang 2,802 mm. 

Berbanding dengan model jarak roda biasa, kedua-dua versi X1 dan iX1 LWB agak panjang sekitar116 mmberbanding dengan jarak roda yang diregangkan sebanyak 110 mm.


Untuk X1 LWB, ia mengekalkan enjin 1.5 liter 3 silinder turbo dan 2.0 liter 4 silinder turbo janakuasa biasa yang dilihat pada asas X1, yang mampu menghamburkan kuasa 154 hp dan  dan tork 230 NM manakala iX1 menghamburkan kuasa  201 hp dan 300 Nm.

Antara kelengkapan yang ada pada X1 LWB ialah lampu depan LED, bumbung kaca panoramik dan roda aloi 18 inci. 

Kabinnya pula dilengkapi dengan tempat duduk sports dan dibaluti dengan kulit Veganza, kemasan hitam berkilat tinggi, dan stereng sports berbalut kulit.


Malah, terdapat juga paparan instrumen digital 10.25-inci serta sistem infotainmen 10.7-inci yang menggunakan BMW OS 9.

Bagi iX1 LWB pula, pihak syarikat tidak mendedahkan butiran lanjut namun cuma menyatakan ia memiliki "beberapa sentuhan yang sangat canggih untuk pasaran China dari segi pendigitalan.

Syarikat itu juga mengesahkan bahawa versi iX1 ini menggunakan dwi-motor dan pacuan semua roda (AWD).

Selain bumbung kaca panoramik, iX1 LWB untuk pasaran China ini juga mempunyai "jeriji kristal berukir" yang tertutup sepenuhnya.

Biarpun BMW tidak mendedahkan  rangkaian kuasa elektrik iX1, namun kami menjangkakan ia akan sama dengan iX1 xDrive 30i berspesifikasi Eropah. 


Varian tersebut menggunakan dwi-motor manakala kapasiti bateri pula 64.7 kWj, dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 308 hp dan 494 Nm.

Buat masa ini, tiada sebarang bayangan bahawa kedua-dua model ini akan di jual di pasaran lain kecuali China.

Di peringkat tempatan, BMW Group Malaysia secara rasminya hanya menawarkan dua model LWB, iaitu BMW 330Li generasi G20 2023 yang diperbaharui dan BMW 740Le generasi G12.

Gallery

Tag:

BMW Group Malaysia
BMW iX
BMW iX1
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-07-2025
Kereta Baru

21-07-2025
Kereta Baru

04-07-2025
Kereta Baru

25-06-2025
Kereta Baru

25-06-2025
Kereta Baru

20-06-2025
Kereta Baru

12-06-2025
Kereta Baru

12-06-2025

Berita Terkini

Global

Mercedes-Benz G-Class Capai Pengeluaran 600,000 Unit

Selepas 46 tahun pengeluaran tanpa henti, jumlah kenderaan G-Class yang dihasilkan kini mencecah 600,000 unit.

07-08-2025
Global

Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza melalui pelancaran jenama supercar, Corvette.

06-08-2025
Global

CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.

06-08-2025
Global

Neta Auto "Berjaya" Hadapi Krisis Kewangan, Mula Bayar Gaji Pekerja

Neta Auto telah membuat pembayaran gaji penuh kepada pekerjanya di kilangnya di Tongxiang pada Julai lalu.

06-08-2025
Global

Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna

Chery muncul sebagai jenama automotif China pertama yang telah mengeksport lima juta kenderaan secara global. P

05-08-2025
Global

Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.

05-08-2025
Global

SUV Ranggi iCaur V27 Diperkenalkan Di Dubai – REEV 449 HP

Jenama kenderaan elektrik (EV) di bawah Chery, iCaur, telah membuat kemunculan rasmi di Dubai dengan pengenalan model iCaur V27.

04-08-2025
Global

Wagon Paling Laju, BMW M3 CS Touring Catat Masa 7 Minit 29 Saat Di Litar Nurburgring

BMW M3 CS Touring memecahkan rekod sebagai wagon terlaju apabila mencatatkan masa 7 minit 29 saat di litar Nürburgring

01-08-2025